EasyManua.ls Logo

Proton X50 2024 - Page 22

Default Icon
50 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
1,000 km selepas ianya diganti baru sebelum anda men-
jalani sebarang pemeriksaan kenderaan secara berkala
oleh pusat pemeriksaan pihak ketiga yang sah.
(2) Bagi kenderaan komersial, sekiranya brek beroperasi se-
cara tidak normal, sila bawa kenderaan anda ke pusat
servis sah PROTON yang berdekatan untuk pe-
meriksaan/kerja pembaikan.
Penafian Liabiliti
Tiada jaminan mengenai ketepatan data atau sebarang
kenyataan yang diberikan. PROTON tidak terikat pada se-
barang tanggungjawab atau bertanggungjawab ke atas se-
barang liabiliti kerosakan, desakan, kehilangan, kos atau
perbelanjaan yang berlaku akibat daripada pengendalian
yang tidak wajar atau pengabaian dari segi penjagaan
kenderaan atau berlakunya masalah kelusuhan dan kemer-
osotan brek. PROTON tidak tertakluk kepada apa jua keadaan
dan tanggungjawab ke atas sebarang kerosakan khusus, secara
kebetulan atau langsung yang mungkin berlaku akibat dari-
pada pengendalian yang tidak wajar atau pengabaian dari
segi penjagaan kenderaan atau berlakunya masalah kelusuhan
dan kemerosotan brek. Ini adalah kerana keadaan atau cara
memandu dan/atau pengendalian kenderaan ini adalah di
luar kawalan PROTON. Keputusan pemeriksaan keselamatan
kenderaan yang dikeluarkan oleh pusat pemeriksaan pihak
ketiga yang sah mungkin berbeza bergantung kepada cara
pemanduan dan/atau pengendalian kenderaan atau mungkin
disebabkan oleh keadaan komponen-komponen lain di dalam
kenderaan ini.
8 PENJAGAAN KENDERAAN DARIPADA KARAT
Periksa panel logam badan kenderaan Proton anda dengan
kerap (sekurang-kurangnya setiap bulan) bagi mengenal pasti
sebarang umpilan atau calar pada cat atau lapisan pelindung
dan baiki dengan segera.
Penjagaan khusus seharusnya diambil kira untuk melindungi
kenderaan Proton anda daripada karat semasa keadaan-
keadaan yang berikut:
1. Jika anda memandu di atas jalan yang bersalji, atau anda
memandu berdekatan dengan laut, jika perlu bersihkan
permukaan bawah badan kenderaan dengan air bersih
sekurang-kurangnya setiap minggu.
2. Ia adalah penting untuk memastikan lubang saliran pada
sisi bawah badan kenderaan dalam keadaan bersih.
3. Jika kenderaan Proton anda rosak disebabkan kemalan-
gan atau sebarang kejadian yang mengakibatkan kero-
sakan kepada cat, pastikan kenderaan Proton anda dibaik
pulih dengan segera.
4. Jika anda membawa muatan khas, seperti cecair kimia,
baja, garam pencair ais, atau bahan yang menghakis,
pastikan bahan berkenaan dibungkus dengan kemas dan
rapi. Sebarang karat yang disebabkan kebocoran bahan
ini akan menyebabkan jaminan kenderaan tidak sah pada
bahagian di mana kebocoran telah berlaku.
5. Jika anda kerap memandu di atas jalan yang berkelikir,
kami menyarankan anda untuk memasang pelapik di
belakang setiap roda.
Jika perlu, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mana-
mana pusat servis sah PROTON.
14
Warranty Terms and Conditions (Terma dan
Syarat Jaminan)
Identifier: MANSBLX70CKDMC2 Generated: 14.02.2024 02:30:57 p.m.