EasyManua.ls Logo

TEFAL IS 8340E1 - Page 45

TEFAL IS 8340E1
110 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
43
MS
• Stimkan pakaian dengan menggerakkan alat stim ke atas dan ke bawah
secara menegak. Jangan menggunakan alat stim dalam kedudukan
mendatar atau terbalik, ini boleh menyebabkan pelepasan air panas.
• Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, jangan rendamkan
perkakas dalam air atau cecair lain.
• Perkakas hendaklah sentiasa ditutup sebelum memasang atau
mencabut plag dari soket. Jangan sekali-kali tarik kabel untuk
memutuskan sambungan daripada soket, tetapi memegang dan
kemudian cabut plag untuk memutuskannya.
• Biarkan perkakas menyejuk dengan sepenuhnya sebelum disimpan.
• Jangan biarkan kabel menyentuh permukaan panas.
• Jangan ikatkan hos semasa penggunaan. Kulit tangan anda mungkin
melecur jika adapter hos ditanggalkan semasa perkakas digunakan.
• Jangan cuba menggantung perkakas dengan menggunakan hos.
• Penggunaan aksesori lain selain daripada yang dibekalkan oleh Tefal
tidak digalakkan dan mungkin akan mengakibatkan kebakaran, kejutan
elektrik atau kecederaan.
• Berhati-hati ketika menanggal dan menyambungkan bahagian-
bahagian perkakas, disebabkan mungkin terdapat air panas daripada
pengewapan. Pastikan semua bahagian telah sejuk untuk mengelakkan
daripada terkena air panas.
• Luka bakar mungkin boleh terjadi jika mereka tersentuh logam panas,
air panas atau wap air. Berhati-hati semasa mengkosongkan perkakas
stim. Mungkin terdapat air panas di dalam tangki atau di dalam perkakas.
• Jangan halakan stim pada orang atau haiwan, atau menggunakan alat
stim ke atas pakaian yang sedang dipakai oleh orang.
• Jangan cuba potong atau menambahkan panjang hos stim.
• Jika anda menggunakan kabel sambungan, pastikan bahawa kabel
sambungan tersebut dibumikan dan dihulurkan dengan sepenuhnya.
• Jangan masukkan sebarang objek ke dalam bukaan atau hos perkakas.
• Sarung tangan hanya boleh digunakan dengan alat stim pakaian ini
(*berdasarkan model). Pihak pengilang tidak akan bertanggungjawab
ke atas penggunaan yang salah.
LINDUNGI ALAM SEKITAR KITA!
i Perkakas anda mengandungi bahan-bahan bernilai yang boleh dikitar semula.
Semasa melupuskan perkakas lama, bawa perkakas ke pusat pungutan sampah
sivik.
1800133082-03 IS8300 _110x154 24/11/14 11:34 Page43

Related product manuals