EasyManua.ls Logo

TEFAL RK8055 - Page 39

TEFAL RK8055
73 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
36
MS
Jika anda ingin batalkan atau tambahkan bunyi “bip”, tekan butang
“Menu” selama 5 saat. Meskipun bunyi “bip” telah dibatalkan, “bip”
untuk permulaan dan penamatan memasak akan sentiasa berbunyi.
Jika anda ingin menukar penetapan masa dan suhu semasa memasak,
tekan butang "Suhu/Masa memasak" dan pilih semula masa dan suhu
anda dengan menekan “<” and “>”. Selepas 5 saat tanpa sebarang
tindakan, periuk nasi akan mula memasak mengikut penetapan baru.
Anda boleh berhenti memasak dengan menekan butang “Mula/Henti”
secara singkat. Jika anda ingin matikan periuk nasi anda, tekan butang
"Mula/Henti" secara lama. Tekan sebarang butang untuk menghidupkan
perkakas anda.
Jangan letakkan tangan anda pada lubang kukus semasa memasak,
bahaya melecur – rajah 10.
Selepas memasak, jika anda hendak menukar pilihan menu masakan
kerana terdapat kesilapan, tekan butang <KEEP WARM (KEKAL
PANAS)/CANCEL (BATAL)> dan pilih-semula menu yang dikehendaki.
Hanya gunakan bekas yang disediakan dengan perkakasan.
Jangan tuang air atau masukkan bahan-bahan ke dalam perkakasan
tanpa memasukkan mangkuk.
Kuantiti maksimum air + bahan tidak boleh melebihi penanda
tertinggi di dalam mangkuk - rajah 7.

Related product manuals