45
FUNGSI MASAK PERLAHAN
• Tekan butang «Menu» untuk memilih «Masak Perlahan». Skrin
memaparkan masa memasak asal dan suhu asal, lampu “Mula/ Henti”
serta “Kekal Panas/Batal” berkelipan.
• Tekan butang «Temperature (Suhu) / Cooking time (Masa memasak)»
untuk mengaktifkan fungsi tetapan masa dan kemudian tekan «<»
dan «>» untuk mengubah masa memasak. Tekan «Temperature (Suhu)
/ Cooking time (Masa memasak)» sekali lagi untuk mengubah suhu
dengan menekan «<» dan «>».
• Tekan butang «Start (Mula)» Periuk pemasak nasi bertukar kepada
status memasak «Slow cook (Masak perlahan)», lampu «Start (Mula)»
akan menyala, skrin memaparkan masa memasak yang tinggal.
• Setelah tamat memasak, penggera akan mengeluarkan beberapa
bunyi “bip”, periuk nasi itu akan memasuki status kekal panas dengan
penunjuk “Kekal Panas” bernyala dan skrin akan mula mengira masa
untuk mengekalkan kepanasan.
FUNGSI PENGEMBANGAN ROTI
• Fungsi ini adalah untuk mengembangkan adunan roti selepas menguli
secara manual dan sebelum memanggang.
• Tekan butang «Menu» untuk memilih fungsi “Pengembangan roti”.
Skrin memaparkan masa memasak asal, lampu “Mula/Henti” berkelipan
merah dan lampu “Kekal panas/Batal” berkelipan hijau.
• Tekan butang «Suhu / Masa memasak» untuk mengaktifkan fungsi
penetapan masa dan seterusnya tekan «<» and «>» untuk menukar
masa memasak.
• Tekan butang “Mula/Henti”. Periuk nasi itu memasuki status memasak
“Pengembangan roti”, lampu “Mula/Henti” bernyala dan skrin
memaparkan masa yang tinggal.
• Syor pengalisan Adunan (Pengembangan Roti): Untuk menyediakan
adunan secara berasingan dan letakkannya dalam mangkuk dalaman,
tutup penutup itu dan pilih fungsi «Pengembangan roti».
• Sebaik saja adunan anda telah siap, anda boleh menggunakan fungsi
“Panggang/Pencuci mulut” untuk memanggang pada 160°C selama 20-
25 minit. Kemudian palingkannya kepada sebelah yang lain kira-kira 25
minit (bergantung pada kuantiti bahan).
Kekal panas secara automatik tidak tersedia untuk fungsi
“Pengembangan roti”.