EasyManua.ls Logo

TEFAL RK8055 - Page 50

TEFAL RK8055
73 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
47
PERINGATAN
Makanan sejuk tidak boleh melebihi 1/2 isipadu periuk pemasak.
Terlalu banyak makanan tidak boleh dipanaskan sepenuhnya.
Penggunaan "Reheat (Panas Semula) yang berulang atau terlalu
sedikit makanan akan menyebabkan makanan hangus dan lapisan
keras di bahagian bawah.
Disyorkan agar tidak memanaskan semula bubur yang pekat atau ia
mungkin menjadi pai.
Jangan memanaskan semula makanan sejuk yang disimpan terlalu
lama untuk mengelak bau.
Makanan disyorkan untuk diaduk semasa dipanaskan semula.
FUNGSI DIY
Tekan butang «Menu» untuk memilih fungsi «DIY» dan periuk nasi
itu akan memasuki status penetapan “DIY” terlebih dahulu dengan
skrin memaparkan masa memasak asal serta suhu memasak, dan
lampu “Mula/Henti” berkelipan merah serta lampu “Kekal panas/Batal”
berkelipan hijau.
Anda boleh melaraskan paras suhu malar dan masa memasak jika perlu.
Tekan butang «Temperature (Suhu) / Cooking time (Masa memasak)»
untuk mengaktifkan fungsi tetapan masa dan kemudian tekan «<»
dan «>» untuk mengubah masa memasak. Tekan «Temperature (Suhu)
/ Cooking time (Masa memasak)» sekali lagi untuk mengubah suhu
dengan menekan «<» dan «>».
Tekan butang “Mula/Henti”. Periuk nasi itu memasuki status memasak
“DIY” dengan lampu “Mula/Henti” bernyala dan skrin memaparkan
masa memasak yang tinggal serta suhu memasak.
Setelah tamat memasak, penggera akan mengeluarkan beberapa
bunyi “bip”.
Nota:
Periuk nasi itu boleh mengingati penetapan DIY suhu dan masa
memasak terakhir untuk penggunaan anda yang seterusnya. Setelah
tekan dengan lama pada kedua-dua “<” and “>” secara serentak
periuk nasi mengeluarkan bunyi “bip” dan kembali kepada asal suhu
dan masa memasak asal.
Untuk melindungi perkakasan, terdapat had tetapan suhu/masa
memasak dalam fungsi DIY :
Antara 40-100°C, julat masa memasak adalah 5min -9h
Antara 110-160°C, julat masa memasak adalah 5min -2h
Suhu (varians +/-10°C) dijangkakan pada sesetengah waktu.

Related product manuals