24
Kanak-kanak mesti diawasi supaya mereka tidak bermain dengan
perkakas.
• Rujuk buku kecil tambahan untuk pembersihan dan penyelenggaraan.
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA
Cadangan Penggunaan
• Pembersih vakum anda merupakan perkakas elektrik : perkakas ini mesti digunakan di bawah keadaan peng-
gunaan normal.
• Pastikan bahawa voltan unit perkakas anda adalah serasi dengan bekalan tenaga elektrik anda: maklumat
tersebut boleh didapati pada label di bahagian bawah perkakas.
• Tanggalkan perkakas daripada sumber elektrik dengan menarik plag, jangan menarik kord kuasa :
- sebaik sahaja selepas digunakan,
- sebelum setiap kali aksesori ditukarkan,
- sebelum setiap pembersihan, penyelenggaraan atau penukaran penapis.
Penting : palam sesalur harus sekurang-kurangnya dilindungi oleh us 16A. Jika pemutus litar dicetuskan se-
masa perkakas mula dijalankan, keadaan ini mungkin disebabkan oleh perkakas-perkakas elektrik kuasa tinggi
yang lain yang bersambung kepada litar tersebut pada masa yang sama. Litar terputus boleh dielakkan dengan
menyelaraskan perkakas kepada kuasa rendah sebelum perkakas dihidupkan dan kemudian menaikkan kuasa
semula selepas perkakas dihidupkan.
• Sebelum digunakan, kord kuasa mesti dihulurkan dengan sepenuhnya.
• Jangan biarkan kord tersekat dan bersentuhan dengan benda-benda yang tajam.
• Jika anda menggunakan kabel sambungan, pastikan kabel sambungan berada dalam keadaan sempurna dan
sesuai dengan penggunaan kuasa pembersih vakum anda.
• Sesetengah alat pembersih vakum dilengkapkan dengan pelindung untuk mengelakkan motor menjadi terlalu
panas. Dalam kes-kes tertentu (perkakas digunakan ke atas kerusi, tempat duduk…) sistem keselamatan tersan-
dung dan perkakas mungkin akan mengeluarkan bunyi yang luar biasa tetapi tidak serius.
• Pastikan bahawa semua penapis dipasangkan dengan betul.
• Hanya gunakan aksesori daripada Rowenta/Tefal/Moulinex.
• Jika aksesori dan penapis untuk pembersih vakum ini sukar diperolehi, sila hubungi perkhidmatan pelanggan
Rowenta/Tefal/Moulinex.
• Jika perkakas anda dilengkapkan dengan beg :
Jangan sekali-kali menjalankan pembersih vakum tanpa beg dan sistem penapisan (kaset penapis*, penapis*,
buih*, mikropenapis*).
Hanya gunakan beg dan penapis Rowenta/Tefal/Moulinex.
• Jika perkakas anda tidak dilengkapkan dengan beg :
Jangan menjalankan pembersih vakum tanpa sistem penapisan (kaset penapis*, penapis*, buih*, mikropenapis*).
Jangan pasangkan semula buih dan mikropenapis pada perkakas sekiranya perkakas belum kering dengan sempurna.
Hanya gunakan aksesori Rowenta/Tefal/Moulinex.
Arahan Berkenaan Rekaan Eko
Ini adalah penyedut habuk kegunaan am.
Untuk memeriksa prestasi berkenaan keperluan rekaan eko pada permaidani, guna dua/atau tiga kedudukan
kepala vakum dengan berus dimasukkan (selepas berus dan sebagai keutamaan: , atau *).
Untuk memerika prestasi berkenaan keperluan rekaan eko pada lantai keras dengan sambungan dan alunan,
sila gunakan:
• Muncung Softcare+ untuk lantai lembut dengan alur* (a) tanpa berus yang boleh
ditanggalkan.
• Hanya jika muncung Softcare+ tidak disertakan, sila gunakan kepala vakum dua / tiga
posisi*, dengan berus yang ditarik balik, tidak dilengkapi dengan aksesori tambahan*
(disediakan bergantung pada model).
( *)
.
Kaedah pengukuran yang digunakan untuk mengukur tahap prestasi keperluan
rekaan eko dibutirkan dalam Peraturan 666/2013 pada 8 Julai 2013.
Untuk lapisan lantai lembut seperti parket, lantai berlamina, atau jubin, disyorkan untuk menggunakan:
• Muncung untuk lantai lembut dengan alur* dengan berus yang ditarik balik (a+b).
• Kepala vakum dua / tiga posisi*, dengan berus yang dipanjangkan
( *)
.
* Bergantung model: alat ganti ini adalah khusus untuk model tertentu atau merupakan aksesori yang boleh dibeli secara berasingan.
MS
a