25
PENYELESAIAN MASALAH
Pembaikan hanya boleh dikendalikan oleh pakar-pakar dengan menggunakan bahagian ganti yang asal.
Jika masalah masih tetap berlaku, sila hantar pembersih vakum anda ke Pusat Perkhidmatan yang diluluskan
yang paling dekat atau hubungi perkhidmatan pelanggan.
Jika pembersih vakum anda tidak dapat dihidupkan :
• Pastikan perkakas diplagkan dengan betul.
Jika muncung susah digerakkan :
• Kurangkan kuasa dengan membuka kawalan kuasa mekanik atau mengubah suis kawalan kuasa elektronik ke
arah kedudukan MINIMUM.
• Pastikan kedudukan muncung adalah betul untuk permukaan yang dibersihkan:
- untuk permaidani dan tikar, gunakan muncung pada kedudukan berus ditarik balik,
- untuk parket dan lantai licin, gunakan muncung dalam kedudukan berus dihulurkan.
Jika kord kuasa tidak dapat digulungkan dengan sepenuhnya :
• Kord kuasa tidak dapat digulungkan: tarik kord kuasa dan tekan pada pemijak penggulung kord.
Jika pembersih vakum anda mati apabila digunakan :
• Sistem keselamatan mekanisme berfungsi. Pastikan bahawa tiub dan hos tidak tersumbat. Pastikan bahawa
beg dan penapis tidak penuh. Biarkan menyejuk selama 30 minit sebelum menghidupkan alat pembersih
vakum semula.
Pembersih vakum dengan beg
Jika pembersih vakum anda kurang menyedut, berbunyi kuat, mengeluarkan bunyi siulan atau tidak menyedut :
• Salah satu aksesori atau sebahagian hos sudah tersumbat: keluarkan benda yang menyumbatkan.
• Beg penuh dengan habuk halus: gantikan beg* atau kosongkan beg kain*.
• Penutup tidak ditutup dengan baik: pastikan beg, penyokong bag dan kaset penapis EPA* dipasangkan dengan
baik dan cuba tutup penutup semula.
• Penapis sudah penuh, bersihkan atau tukarkan sistem penapisan (kaset EPA*, kaset penapis EPA boleh cuci*,
kaset mikropenapis*. Sila rujuk kepada arahan tambahan).
Jika penunjuk penukaran bag berwarna merah :
• Beg sudah penuh: gantikan beg atau kosongkan beg kain*.
• Jika selepas beg ditukarkan, lampu tetap merah: sistem penapisan sudah penuh (sila rujuk kepada arahan tambahan)
Jika tudung tidak boleh ditutupkan :
• Pastikan bahawa penyokong beg dan beg dipasangkan dengan betul dan pada kedudukan yang betul.
• Pastikan kehadiran kaset penapis EPA* atau kaset mikropenapis* dan/atau pastikan kedudukannya adalah betul.
Pembersih vakum tanpa beg
Jika pembersih vakum anda kurang menyedut, berbunyi kuat, mengeluarkan bunyi siulan atau tidak menyedut :
• Salah satu aksesori atau sebahagian hos sudah tersumbat: keluarkan benda yang menyumbatkan.
• Sistem penapisan tersumbat: bersihkan atau gantikan kaset penapis EPA* atau buih penapis hitam* atau
mikropenapis*. Sila rujuk kepada arahan tambahan.
• Dulang habuk sudah penuh: kosongkan dan bersihkan
• Penutup pembersih vakum tidak dipasangkan dengan betul: tutupkan penutup semula.
• Dulang habuk tidak dipasangkan pada kedudukan betul: letakkan semula pada kedudukan yang betul.
• Gril saluran keluar udara tidak dipasangkan dengan betul: pasangkan semula pada kedudukan yang betul.
• Tiada mikropenapis* dan buih penapisan*: gantikan dalam gril saluran keluar udara.
• Tiada penapis EPA* dan penapis boleh cuci*: pasangkan semula dalam pembersih vakum.
Jika penutup tidak boleh ditutupkan :
• Pastikan bahawa kaset penapis EPA dan pemisah dipasangkan pada kedudukan yang betul.
• Pastikan bahawa kotak habuk* dipasangkan dengan betul pada kompartmen dulang habuk.
SILA SIMPAN BUKU ARAHAN INI SERTA JAMINAN PEMBELI ANDA
PENTING : Sebaik sahaja pembersih vakum anda berfungsi dengan kurang baik, sebelum
sebarang verikasi, matikan perkakas dan tekan pada pemijak Buka/Tutup.
* Bergantung model: alat ganti ini adalah khusus untuk model tertentu atau merupakan aksesori yang boleh dibeli secara berasingan.
MS