– 26 –
CARA MEMASANG DAN MENGELUARKAN KEKISI
FUNGSI BAHAGIAN PENERIMA
● Sambil memegang kedua-dua bucu kiri dan kanan
(terletak di ceruk penutup hadapan) pada bahagian
panel hadapan, angkat ke atas untuk membuka panel
hadapan.
● Setelah menamatkan kerja, angkat sedikit panel
hadapan dan tarik ke bawah untuk menutup panel
hadapan. Pastikan ketiga-tiga klip pada bahagian kiri,
hadapan dan kanan tertutup rapat.
Tingkap Penerima Isyarat
LAMPU PEMASA
Lampu ini bernyala apabila menggunakan fungsi
pemasa.
LAMPU OPERASI
Lampu ini bernyala semasa unit beroperasi.
LAMPU PENAPIS UDARA
Apabila unit telah beroperasi selama 100 jam, lampu
penapis udara akan menyala sebagai peringatan
kepada pengguna untuk membersihkan penapis
udara. Lampu penapis udara akan terpadam apabila
suis bekalan kuasa diset ke “OFF” dan “ON” semula.
BAHAGIAN OPERASI
SUIS SEMENTARA
Ketika alat kawalan jauh tidak berfungsi, gunakan mode
Suis Sementara
(1) Apabila Suis Sementara ditekan, penyaman udara
akan beroperasi dalam mode operasi yang
terdahulu ditetapkan. Sekiranya terdapat gangguan
dalam bekalan kuasa, penyaman udara akan
beroperasi dalam mode automatik yang telah
ditetapkan.
(2) Menekan Suis Sementara buat kali kedua akan
menghentikan operasi penyaman udara.
SUIS AUTO RESTART
Apabila ada gangguan bekalan elektrik, penyaman udara
akan beroperasi semula secara automatik.
Jika gangguan bekalan elektrik semasa operasi TIMER
digunakan, TIMER perlu diset semula dan unit akan
mula beroperasi atau berhenti dengan masa baru yang
ditetapkan.
Suis Sementara – Suis ON/OFF