EasyManua.ls Logo

Huawei nova Y90 - MelayuKenali Peranti AndaSebelum menggunakan peranti, biasakan diri dengan operasi asasnya.•Untuk menghidupkan kuasa peranti anda, tekan dan tahan butang kuasa sehingga skrin dihidupkan.•Untuk mematikan kuasa peranti anda, tekan dan tahan butang kuasa, kemudian sentuh.•Untuk memulakan semula peranti anda, tekan dan tahan butang kuasa, kemudian sentuh.Butang kelantanganButang kuasa; Pengesan cap jariPort USB Jenis CSlot kadJek set kepala Bermula•Berhati-hati supaya tidak tercalar peranti atau tercedera apabila menggunakan pin pengeluar.•Simpan pin pengeluar jauh dari capaian kanak-kanak untuk mengelakkan tertelan atau tercedera.•Jangan gunakan kad SIM yang dipotong atau diubah suai pada peranti anda kerana kad tersebut mungkin tidak dicam dan boleh merosakkan dulang kad (slot).•Jika kad SIM anda tidak sepadan dengan peranti anda, sila hubungi pembawa anda.Ikut arahan dalam gambar rajah yang berikut untuk menyediakan peranti anda. Sila gunakan pin pengeluar yang disertakan.Pastikan kad diletakkan dengan betul dan takuknya yang dimasukkan dahulu ke dalam dulang kad.Pengurusan Kad SIMPilih kad data mudah alih dan kad panggilan lalai mengikut keperluan.•Perkhidmatan 4 G bergantung pada sokongan pembawa rangkaian anda dan pengerahan perkhidmatan relevannya. Sila hubungi pembawa anda untuk mengaktifkan perkhidmatan 4 G.•Perkhidmatan 4 G mungkin tidak tersedia di kawasan tertentu disebabkan gangguan rangkaian.•Jika panduan ini tidak selaras dengan penerangan pada laman web rasmi, panduan yang terkini akan dikekalkan.Untuk Maklumat Lebih LanjutJika anda mengalami sebarang masalah semasa menggunakan peranti anda, anda boleh mendapatkan bantuan daripada sumber yang berikut:•Layari https:;;consumer.huawei.com;en untuk melihat maklumat peranti, soalan lazim, dan maklumat yang lain.•Layari https:;;consumer.huawei.com;en;support untuk maklumat hubungan terkini bagi negara atau kawasan anda.•Pergi ke Tetapan dan masukkan kata kunci berikut dalam kotak carian untuk melihat maklumat berkaitan. Cth. Perundangan, Maklumat keselamatan, Maklumat pengesahan, Logo persijilan.Maklumat KeselamatanSila baca semua maklumat keselamatan dengan teliti sebelum penggunaan peranti anda untuk memastikan operasi yang selamat dijalankan dan mempelajari cara membuang peranti anda dengan betul.Operasi dan keselamatan• Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran, jangan dengar bunyi yang berkelantangan tinggi untuk tempoh masa yang panjang.•Penggunaan penyesuai kuasa, pengecas, atau bateri yang tidak diluluskan atau tidak serasi mungkin merosakkan peranti anda, memendekkan jangka hayatnya, atau mengakibatkan kebakaran, letupan, atau kemalangan lain.•Suhu operasi yang sesuai adalah antara 0°C hingga 35°C. Suhu penyimpanan yang sesuai adalah antara -20°C hingga +45°C.•Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak minimum sebanyak 15 cm dikekalkan di antara peranti dan perentak jantung untuk mengelakkan kemungkinan gangguan dengan perentak jantung. Jika anda menggunakan perentak jantung, pegang peranti pada bahagian yang bertentangan dengan perentak jantung dan jangan bawa peranti di poket depan anda.•Jauhkan peranti dan bateri dari kepanasan terlampau dan pancaran terus matahari. Jangan letakkannya pada permukaan atau dalam peranti panas, seperti ketuhar gelombang mikro, alat pemanas, atau radiator.•Patuhi undang-undang dan peraturan tempatan semasa menggunakan peranti. Untuk mengurangkan risiko kemalangan, jangan gunakan peranti wayarles anda semasa memandu.•Semasa dalam pesawat atau sebelum menaiki pesawat, hanya gunakan peranti anda mengikut arahan yang diberikan. Penggunaan peranti wayarles dalam pesawat mungkin mengganggu rangkaian wayarles, membahayakan operasi pesawat, atau melanggar undang-undang.•Untuk mengelakkan kerosakan litar dalaman peranti atau pengecas, jangan gunakan peranti di tempat yang berdebu, lembap atau kotor, atau berhampiran medan magnet.•Apabila mengecas peranti, pastikan penyesuai kuasa dipalam masuk ke soket yang berhampiran dengan peranti dan adalah mudah diambil.•Cabut palam pengecas dari salur keluar elektrik dan peranti semasa tidak digunakan.•Jangan gunakan, simpan, atau hantar peranti ke tempat bahan mudah bakar atau letupan disimpan (dalam stesen minyak, depot minyak, loji kimia dll). Penggunaan peranti anda di tempat-tempat ini menambah risiko berlakunya letupan atau kebakaran.•Jauhkan bateri daripada api, dan jangan membuka pemasangan, mengubah suai, membuang atau menekannya. Jangan masukkan objek asing ke dalamnya, merendamkannya di dalam air atau cecair lain, atau mendedahkannya kepada daya luar atau tekanan, kerana ini boleh menyebabkan bateri bocor, menjadi terlalu panas, terbakar ataupun meletup.•Buang peranti, bateri, dan aksesori ini dengan mengikut peraturan tempatan. Alat-alat tersebut tidak sepatutnya dibuang seperti sampah rumah tangga biasa. Penggunaan bateri yang tidak betul boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan, atau kemalangan yang lain.•Peranti ini mengandungi bateri terbina dalam. Jangan cuba menggantikan bateri sendiri. Jika tidak, peranti mungkin tidak berjalan dengan normal atau bateri mungkin dirosakkan. Untuk keselamatan diri anda dan untuk memastikan bahawa peranti anda berjalan dengan normal, anda amat disyorkan untuk menghubungi pusat servis yang dibenarkan Huawei untuk membuat gantian.•Pastikan penyesuai kuasa menepati syarat Lampiran Q IEC;EN 62368-1 dan diuji serta diluluskan mengikut standard negara atau tempatan.Maklumat pelupusan dan kitar semulaSimbol pada produk, bateri, risalah atau pembungkusan bermakna produk dan bateri perlu dibawa ke pusat pengumpulan sisa berasingan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan pada akhir jangka hayat. Ini akan memastikan sisa EEE dikitar semula dan dirawat dengan cara yang memelihara bahan-bahan berharga dan melindungi kesihatan manusia serta alam sekitar.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda, peruncit, atau perkhidmatan pelupusan sisa isi rumah atau layari laman web https:;;consumer.huawei.com;en;.Pengurangan bahan berbahayaPeranti ini dan aksesori elektriknya mematuhi peraturan tempatan yang berkenaan dengan penggunaan terhad bahan berbahaya yang tertentu dalam peranti elektrik dan elektronik, seperti Sekatan Arahan Bahan Berbahaya (RoHS) dan Arahan Bateri (jika bateri disertakan).Maklumat Pendedahan RFPertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyatakan bahawa pendedahan boleh dikurangkan dengan mengehadkan penggunaan anda atau hanya dengan menggunakan kit bebas tangan untuk memastikan peranti berada jauh daripada kepala dan badan.Pastikan aksesori peranti seperti bekas peranti dan pemegang peranti tidak mempunyai komponen besi. Pastikan peranti anda berada jauh daripada badan anda untuk mematuhi keperluan jarak.Bagi negara yang menerima pakai had SAR 2.0 W;kg terhadap 10 gram tisu.Peranti mematuhi spesifikasi RF apabila digunakan berdekatan telinga anda atau pada jarak 0.50 cm daripada badan anda. Nilai SAR tertinggi yang dilaporkan: SAR kepala: 0.99 W;kg; SAR badan: 1.10 W;kg.Pematuhan perundangan EUHuawei Device Co., Ltd. dengan ini mengisytiharkan bahawa peranti CTR-LX2 ini mematuhi Arahan Peralatan Radio 2014;53;EU (RED).Untuk butiran lanjut, sila rujuk Pengisytiharan Keakuran EU di https:;;consumer.huawei.com;certification.Notis PerundanganTanda Dagangan dan KebenaranLTE ialah tanda dagangan ETSI.Perkataan dan logo Bluetooth ialah tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan apa-apa penggunaan tanda tersebut oleh Huawei Technologies Co., Ltd. adalah di bawah lesen. Huawei Device Co., Ltd. ialah ahli gabungan Huawei Technologies Co., Ltd.Wi-Fi, logo Wi-Fi CERTIFIED, dan logo Wi-Fi merupakan tanda dagangan Wi-Fi Alliance.Hak cipta © Huawei 2022. Hak cipta terpelihara.SEMUA GAMBAR DAN ILUSTRASI DALAM PANDUAN INI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARNA, SAIZ, DAN KANDUNGAN PAPARAN PERANTI, ADALAH UNTUK RUJUKAN ANDA SAHAJA. PERANTI SEBENAR MUNGKIN BERBEZA. TIADA APA-APA DALAM PANDUAN INI MEMBENTUK MANA-MANA JENIS JAMINAN, NYATA ATAU TERSIRAT.Dasar PrivasiUntuk lebih memahami mengenai cara kami melindungi maklumat peribadi anda, sila layari dasar privasi di https:;;consumer.huawei.com;privacy-policy.; Kenali Peranti Anda; Sebelum menggunakan peranti, biasakan diri dengan operasi asasnya.; •Untuk menghidupkan kuasa peranti anda, tekan dan tahan butang kuasa sehingga skrin dihidupkan.•Untuk mematikan kuasa peranti anda, tekan dan tahan butang kuasa, kemudian sentuh.•Untuk memulakan semula peranti anda, tekan dan tahan butang kuasa, kemudian sentuh.

Huawei nova Y90
49 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Melayu
Kenali Peranti Anda
Sebelum menggunakan peranti, biasakan diri dengan
operasi asasnya.
Untuk menghidupkan kuasa peranti anda, tekan dan
tahan butang kuasa sehingga skrin dihidupkan.
Untuk mematikan kuasa peranti anda, tekan dan
tahan butang kuasa, kemudian sentuh .
Untuk memulakan semula peranti anda, tekan dan
tahan butang kuasa, kemudian sentuh .
Butang kelantangan
Butang kuasa /
Pengesan cap jari
Port USB Jenis C Slot kad
Jek set kepala
14

Table of Contents

Related product manuals