25
Bahasa Melayu
-
Jangan letakkan perkakas tepat di bawah penyaman udara untuk
mengelakkan pemeluwapan menitis pada perkakas.
-
Hanya gunakan penapis asli Philips yang dikhususkan untuk perkakas ini.
Jangangunakan penapis lain.
-
Pembakaran penapis boleh mengakibatkan kecederaan yang tidak dapat
dipulihkan dan/atau membahayakan nyawa manusia. Jangan gunakan
penapis sebagai bahan api atau tujuan lain yang serupa.
-
Elakkan daripada mengetuk perkakas (salur masuk dan salur keluar udara
terutamanya) dengan objek keras.
-
Jangan selitkan jari anda atau objek ke dalam salur masuk atau salur keluar
udara untuk mengelakkan kecederaan fizikal atau kerosakan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas ini apabila anda menggunakan bahan penolak
serangga jenis asap di dalam rumah atau di tempat dengan sisa berminyak,
kemenyan yang membara atau wasap kimia.
-
Jangan gunakan perkakas berhampiran dengan perkakas gas, peranti
pemanasan atau pendiangan.
-
Sentiasa cabut palam perkakas apabila anda hendak memindahkan,
membersihkan perkakas, menggantikan penapis atau melakukan
penyelenggaraan lain.
-
Perkakas ini hanya dimaksudkan untuk penggunaan di dalam rumah dalam
keadaan operasi biasa.
-
Jangan gunakan perkakas dalam persekitaran yang basah atau persekitaran
dengan suhu sekeliling yang tinggi, seperti di bilik mandi atau di dalam bilik
dengan perubahan suhu yang ketara.
-
Perkakas ini tidak mengeluarkan karbon monoksida (CO) atau radon (Rn).
Perkakas tidak boleh digunakan sebagai peranti keselamatan jika
kemalangan proses pembakaran dan bahan kimia berbahaya berlaku.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas ini mematuhi piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.
Mengitar semula
Simbol ini bermaksud bahawa produk ini tidak harus dibuang dengan sampah
rumah biasa (2012/19/EU).
Ikut peraturan negara anda untuk pengumpulan berasingan produk elektrik dan
elektronik. Cara membuang yang betul akan membantu mencegah akibat
negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
Unit penapis ini tidak boleh dibasuh dan tidak boleh dikitar semula, lupuskan
unit penapis yang telah digunakan menurut peraturan tempatan.
Penulen udara anda
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!