27
Bahasa Melayu
Awas
-
Kami mengesyorkan mereka yang mempunyai alahan terhadap habuk,
debunga, haiwan peliharaan atau kulapuk, agar tidak menggantikan penapis
sendiri atau untuk mengambil langkah perlindungan, seperti memakai
pelitup dan sarung tangan. Perkakas ini bukan pengganti bagi pengalihan
udara yang betul, pembersihan vakum secara kerap atau penggunaan hud
atau kipas pengekstrak semasa memasak.
-
Sentiasa letakkan dan gunakan perkakas pada permukaan yang kering, stabil,
rata dan mendatar.
-
Tinggalkan sekurang-kurangnya jarak 20 cm di sekeliling perkakas dan
tinggalkan sekurang-kurangnya jarak 30 cm di atas perkakas.
-
Jangan duduk atau berdiri di atas perkakas. Jangan letakkan apa-apa di atas
perkakas.
-
Jangan letakkan perkakas tepat di bawah penyaman udara untuk
mengelakkan pemeluwapan menitis pada perkakas.
-
Hanya gunakan penapis asli Philips yang dikhususkan untuk perkakas ini.
Jangangunakan penapis lain.
-
Pembakaran penapis boleh mengakibatkan kecederaan yang tidak dapat
dipulihkan dan/atau membahayakan nyawa manusia. Jangan gunakan
penapis sebagai bahan api atau tujuan lain yang serupa.
-
Elakkan daripada mengetuk perkakas (salur masuk dan salur keluar udara
terutamanya) dengan objek keras.
-
Jangan selitkan jari anda atau objek ke dalam salur masuk atau salur keluar
udara untuk mengelakkan kecederaan fizikal atau kerosakan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas ini apabila anda menggunakan bahan penolak
serangga jenis asap di dalam rumah atau di tempat dengan sisa berminyak,
kemenyan yang membara atau wasap kimia.
-
Jangan gunakan perkakas berhampiran dengan perkakas gas, peranti
pemanasan atau pendiangan.
-
Sentiasa cabut palam perkakas apabila anda hendak memindahkan,
membersihkan perkakas, menggantikan penapis atau melakukan
penyelenggaraan lain.
-
Perkakas ini hanya dimaksudkan untuk penggunaan di dalam rumah dalam
keadaan operasi biasa.
-
Jangan gunakan perkakas dalam persekitaran yang basah atau persekitaran
dengan suhu sekeliling yang tinggi, seperti di bilik mandi atau di dalam bilik
dengan perubahan suhu yang ketara.
-
Perkakas ini tidak mengeluarkan karbon monoksida (CO) atau radon (Rn).
Perkakas tidak boleh digunakan sebagai peranti keselamatan jika
kemalangan proses pembakaran dan bahan kimia berbahaya berlaku.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas ini mematuhi piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.