EasyManua.ls Logo

Philips AC0950 - Page 34

Philips AC0950
90 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
34
Bahasa Melayu
Menggunakan penulen udara
Memahami lampu kualiti udara
Lampu kualiti udara akan bernyala secara automatik apabila penulen udara
dihidupkan dan semua warna lampu akan bernyala secara berjujukan. Selepas
kira-kira 30 saat, sensor habuk akan memilih warna yang sepadan dengan kualiti
udara sekeliling habuk bawaan udara.
Warna lampu kualiti udara ditentukan oleh bacaan PM2.5.
PM2.5
Teknologi sensor AeraSense mengesan dan memberikan respons dengan tepat
terhadap perubahan habuk dalam udara walaupun sedikit. Teknologi ini
memberi anda jaminan dengan maklum balas PM2.5 dalam masa nyata.
Kebanyakan pencemar udara di dalam rumah adalah di bawah paras PM2.5 –
yang merujuk pencemar habuk bawaan udara yang lebih kecil daripada 2.5
mikrometer. Sumber biasa habuk halus di dalam rumah ialah asap tembakau,
asap memasak dan nyalaan lilin. Sesetengah bakteria bawaan udara dan spora
kulapuk yang terkecil, alergen haiwan peliharaan dan partikel alergen hama
habuk juga di bawah paras PM2.5.
Paras PM2.5 Warna kualiti udara Paras kualiti udara
≤35 Biru Baik
36-75 Biru-ungu Sederhana
76-115 Ungu-merah Lemah
>115 Merah Sangat lemah
Menghidupkan dan mematikan kuasa
Nota:
Untuk prestasi penulenan yang optimum, tutup pintu dan tingkap.
Jauhkan langsir daripada salur masuk udara atau salur keluar udara.
1 Pasang penyesuai penulen udara pada soket kuasa.

Related product manuals