45
Bahasa Melayu
Perkakas tidak berfungsi lagi. Amaran penggantian penapis bernyala tetapi anda belum
menggantikan penapis yang betul. Akibatnya, perkakas kini
dikunci. Dalam hal ini, gantikan penapis dan tetapkan semula
pembilang hayat penapis.
Aliran udara yang keluar daripada salur
keluar udara lebih lemah berbanding
sebelumnya.
Permukaan penapis kotor. Bersihkan permukaan penapis
(lihat Bab 'Pembersihan dan penyelenggaraan').
Kualiti udara tidak meningkat, walaupun
perkakas telah beroperasi untuk jangka
masa yang panjang.
Pastikan bahan pembungkusan ditanggalkan daripada
penapis.
Pastikan penapis (FY0910) dipasang dengan betul.
Saiz bilik besar atau kualiti udara luar tidak baik.
Untuk prestasi penulenan yang optimum, tutup pintu dan
tingkap semasa menggunakan penulen udara.
Terdapat sumber pencemaran di dalam rumah. Contohnya,
asap rokok, asap masakan, asap kemenyan.
Penapis mencapai akhir hayatnya. Gantikan penapis dengan
penapis yang baru.
Perkakas mengeluarkan bau yang aneh. Bagi beberapa kali pertama anda menggunakan perkakas,
perkakas mungkin mengeluarkan bau plastik. Ini ialah
perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika perkakas
mengeluarkan bau hangit walaupun selepas penapis
dikeluarkan, hubungi pengedar Philips anda atau pusat servis
Philips yang sah. Penapis mungkin mengeluarkan bau selepas
digunakan seketika disebabkan oleh penyerapan gas di
dalam rumah. Anda disyorkan untuk meletakkan penapis di
tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik selama
beberapa jam untuk mengurangkan bau.
Perkakas berbunyi kuat. Hal ini biasa jika perkakas beroperasi dalam Mod turbo.
Dalam Mod auto, perkakas akan beroperasi dengan kelajuan
yang lebih tinggi apabila kualiti udara teruk. Apabila
menggunakan perkakas di dalam bilik tidur pada waktu
malam, pilih Mod tidur.
Jika terdapat bunyi yang luar biasa, hubungi Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda.
Perkakas masih menandakan bahawa saya
perlu menggantikan penapis tetapi saya
sudah menggantikannya.
Anda mungkin tidak menetapkan semula pembilang hayat
penapis. Hidupkan suis perkakas. Tekan dan tahan butang
dan serentak selama 3 saat.
Kod ralat “E1” dipaparkan pada skrin. Motor telah rosak. Hubungi Pusat Layanan Pelanggan di
negara anda.
Persediaan Wi-Fi tidak berjaya. Sila pastikan telefon pintar anda disambungkan kepada
rangkaian Wi-Fi 2.4GHz (rumah) dan bukannya rangkaian
Wi-Fi 5GHz atau Wi-Fi awam. Untuk penggandingan yang
berjaya, kami mengesyorkan anda mematikan data mudah
alih anda sebelum memulakan proses penggandingan.