34 35
MY
ARAHANKESELAMATAN
• Baca arahan berikut untuk penggunaan
sebelum menggunakan perkakas anda buat
pertama kali dan simpan untuk rujukan masa
depan.
• Alat perkakas ini tidak bertujuan untuk berfungsi
menggunakan suis-masa luaran atau sistem
kawalan berasingan.
• Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali jika mereka telah diberi pengawasan
atau arahan berkenaan penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
• Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan
mereka tidak bermain dengan alat perkakas ini.
• Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak
berumur 8 tahun dan ke atas dan mereka yang
kurang upaya daripada segi fizikal, sensori, atau
keupayaan mental atau kurang pengalaman
dan pengetahuan jika diberi penyeliaan atau
arahan berkenaan penggunaan perkakas
dengan cara yang selamat dan jika mereka
faham apa bahaya yang terlibat. Pembersihan
dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak kecuali jika mereka
berumur 8 tahun ke atas dan diselia.
• Pastikan perkakas dan kabel berada jauh
daripada jangkauan kanak-kanak berumur 8
tahun ke bawah.
• Kerana alat perkakas ini untuk penggunaan
domestik sahaja, ia tidak bertujuan untuk
digunakan dan jaminan tidak diguna pakai
untuk:
– Kawasan kakitangan dapur di kedai, pejabat
dan lain-lain persekitaran bekerja;
– Rumah ladang;
– Oleh pelanggan di hotel, motel dan lain-lain
jenis persekitaran kediaman;
– Persekitaran untuk tempat menginap.
• Jika kabel yang dibekalkan rosak, ia harus diganti
oleh pengilang, agen perkhidmatan atau mereka
yang bertauliah untuk mencegah bahaya.
• AMARAN: Jika permukaan retak, tutup perkakas
untuk mengelak berlakunya kejutan elektrik.
• Objek metalik seperti pisau, garfu, sudu dan
penutup tidak patut diletakkan pada plat panas.
• Alat perkakas ini direka untuk penggunaan domestik sahaja. Jika
pengunaan profesional, kegagalan untuk mematuhi arahan, pengeluar
tidak akan bertanggungjawab dan jaminan tidak akan diguna pakai.
• Untuk keselamatan anda, alat perkakas ini harus memenuhi kawalan
dan standard yang berkenaan (Arahan tentang Voltan Rendah,
Keseusian Elektromagnetik, Bahan bersentuhan dengan artikel
makanan, Persekitaran, dll).
• Alat perkakas ini direka untuk fungsi menggunakan aliran AC sahaja.
Sebelum menggunakannya buat pertama kali, semak jika sumber
kuasa voltan anda padan dengan yang ditunjuk pada plat data
perkakas.
• Sebarang ralat sambungan akan membatalkan jaminan.