EasyManua.ls Logo

TEFAL IH7208 - Page 20

TEFAL IH7208
25 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
36 37
MY
• Sentiasa pasang kabel ke dalam outlet soket yang berkenaan dengan
sambungan bumi. Jangan gunakan penyesuai soket atau sambung
pada lain-lain perkakas ke dalam soket pada waktu yang sama, untuk
mengelak kelebihan elektrik dan risiko terbakar.
• Jangan rendam perkakas atau kabel kuasa dalam air atau sebarang
cecair.
• Berdasarkan kesan standard yang pelbagai, jika perkakas ini digunakan
dalam negara selain daripada tempat ia dibeli, periksa dengan Pusat
Perkhidmatan Diiktiraf.
• Keluarkan semua bahan dalam bungkusan, stiker dan aksesori dari
dalam dan luar perkakas.
• Perkakas harus diletakkan atas permukaan yang rata, stabil, dan tahan
haba, jauh daripada percikan air.
• Jangan letak atau guna perkakas ini dalam persekitaran yang terlalu
lembap.
• Jangan letak atau guna plat perolakan atas permukaan besi atau
aluminium.
• Kekalkan ruang sekurang-kurangnya 10cm(4 inci) pada semua tepi
perkakas untuk memastikan pengudaraan.
• Jangan letak atau guna perkakas dekat dengan dinding atau bawah
kabinet.
• Jangan letak atau guna perkakas di bawah atau dekat dengan objek
mudah terbakar (cth. Langsir, dsb).
• Jangan letak atau guna perkakas dekat dengan tempat memasak
atau sumber haba.
• Mereka yang mempunyai perentak jantung atau peranti perubatan
yang sama patut dijauhi daripada pemasak perolakan apabila ia
bersambung pada sumber kuasa. Jika ragu sila rujuk doktor perubatan
sebelum menggunakan produk ini untuk mengelak bahaya.
• Buka gulungan kabel sebelum digunakan.
• Jangan gunakan kepala sambungan. Jika anda menerima
tanggungjawab untuk berbuat demikian, hanya gunakan kepala
sambungan yang berkeadaan baik, mempunyai palam dengan
sambungan bumi dan sesuai kepada kadar kuasa perkakas.
• Jangan biar perkakas tanpa pengawasan ketika menyambung sumber
kuasa, walau untuk seketika, terumata sekali jika ada kanak-kanak.
• Jangan biarkan kabel kuasa tergantung di mana kanak-kanak mungkin
akan mencapainya.
• Kabel kuasa tidak boleh berdekatan atau bersentuhan dengan
bahagian panas perkakas, berdekatan sumber haba atau terletak
pada bucu yang tajam.
• Ambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah orang lain daripada
tersadung kabel kuasa.
• Tutup suis dan cabut palam perkakas daripada sumber kuasa apabila
tidak digunakan.
• Jangan cabut palam perkakas dengan menarik kabel.
• Periksa perkakas dan kabel kuasa jika terdapat tanda-tanda pemakaian
atau kerosakan sebelum menyambung pada sumber kuasa.
• Jangan gunakan perkakas anda jika ia tidak beroperasi dengan betul,
jika ia telah dirosakkan atau jika kabel kuasa atau palam rosak. Untuk
mengekalkan keselamatan, bahagian-bahagian ini harus diganti oleh
Pusat Perkhidmatan Diiktiraf.
• Sebarang campur tangan dari pencucian biasa dan penyelenggaraan
oleh pelanggan perlu dilakukan oleh Pusat Perkhidmatan Diluluskan.
• Jangan sentuh permukaan panas perkakas, ia akan kekal panas buat
seketika selepas digunakan.
• Jangan gerakkan perkakas ketika ia masih panas.
• Biarkan perkakas sejuk dahulu sepenuhnya sebelum membersih dan
menyimpan.
• Sentiasa simpan pemasak perolakan dengan bersih untuk menghalang
habuk daripada masuk ke dalam motor kipas dan menyebabkan
kerosakan.
• Jika bahagian perkakas terbakar, jangan cuba memadamnya dengan
air. Cabut perkakas dan padam api dengan kain yang basah.
• Letak periuk di tengah-tengah bulatan memasak.
• Jangan biar periuk terlampau panas ketika ia kosong buat masa yang
lama.
• Jangan memanaskan makanan dalam tin atau bekas yang kedap
udara untuk mengelak letupan disebabkan oleh kembangan udara.
SIMPAN ARAHAN INI DI TEMPAT YANG SELAMAT
Produk ini direka untuk penggunaan domestik sahaja. Mana-mana
penggunaan komersil, penggunaan yang tidak sesuai atau kegagalan
untuk mematuhi arahan, pengeluar tidak bertanggungjawab dan
jaminan tidak akan dikenakan.