Ciri rekaan khusus 32
Buka kunci skrin menggunakan cap jari
Anda boleh membuka kunci skrin atau melihat kandungan yang dikunci
dengan menggunakan cap jari anda. Aktifkan fungsi yang dikehendaki:
1
Ketik Tetapan Umum Skrin kunci & keselamatan Cap Jari.
2
Buka kunci mengikut kaedah kunci yang ditentukan.
3
Pada skrin tetapan cap jari, aktifkan fungsi yang dikehendaki:
• Kunci skrin: Buka kunci skrin menggunakan cap jari.
• Kunci kandungan: Buka kunci kandungan menggunakan cap jari.
Untuk melakukan ini, pastikan kunci kandungan ditetapkan.
Pengecaman Wajah
Gambaran keseluruhan Pengecaman Wajah
Anda boleh membuka kunci skrin dengan menggunakan data wajah yang
disimpan.
• Ciri ini mungkin lebih terdedah kepada keselamatan daripada kunci skrin
yang lain, seperti Kod Ketik, Corak, PIN, dan Kata Laluan.
• Apabila wajah yang sama atau foto wajah anda digunakan, skrin
mungkin dibuka.
• Data wajah yang dikenal pasti disimpan dengan selamat dalam peranti
anda.
• Apabila pengecaman wajah dipilih untuk kunci skrin, anda mesti
memasukkan Kod ketuk, Corak, PIN atau Kata Laluan yang telah
digunakan untuk pengecaman wajah tanpa secara langsung
menggunakan pengecaman wajah selepas kuasa dihidupkan.
Sewajarnya, berhati-hati untuk tidak lupa nilai yang dinyatakan.
• Jika peranti tidak boleh mengesan wajah anda, atau terlupa nilai yang
dinyatakan untuk pendaftaran, lawati Pusat Perkhidmatan Pelanggan
LG bersama peranti dan kad ID anda.
• Untuk menjimatkan kuasa, ciri Pengecaman Wajah tidak akan berfungsi
apabila paras bateri berada di bawah 5%.