Tetapan 144
Paparan
Anda boleh sesuaikan tetapan terperinci bagi setiap jenis skrin.
Pada skrin tetapan, ketik Paparan dan sesuaikan tetapan berikut:
• Skrin utama: Sesuaikan tetapan untuk skrin Utama. Lihat
Pengesetan
skrin utama
untuk butiran.
• Tema: Pilih tema skrin peranti anda.
• Fon: Mengubah saiz, ketebalan atau muka taip fon.
• Bebutang sentuh Rumah: Susun semula butang sentuh Utama atau
menukar warna latar belakangnya.
• Sentiasa memaparkan: Sentiasa memaparkan maklumat, seperti
tarikh, masa dan pemberitahuan, walaupun skrin dimatikan. Untuk
butiran, lihat
Paparan sentiasa hidup
.
• Penskalaan aplikasi: Laraskan saiz skrin aplikasi.
Nisbah aspek
• Peranti ini menggunakan nisbah aspek 18:9.
- Sesetengah aplikasi yang dimuat turun mungkin tidak menyokong
nisbah aspek 18:9.
Dalam kes ini,pilih nisbah skrin yang paling optimum untuk aplikasi
atau rujuk penyedia aplikasi untuk maklumat lanjut.
- Anda boleh memilih nisbah aspek untuk aplikasi individu dengan
mengetik
Tetapan Paparan Penskalaan aplikasi. Pilih
nisbah aspek yang dikehendaki daripada Keserasian (16:9),
Standard (16.7:9) dan Skrin penuh (18:9).
• Saiz paparan: Tetapkan item pada skrin kepada saiz yang mudah untuk
anda lihat. Sesetengah item mungkin berubah kedudukan.
• Comfort view: Tetapkan peranti bagi mengurangkan jumlah cahaya
biru pada skrin untuk mengurangkan keletihan mata.
• Kecerahan: Gunakan bar gelangsar untuk menukar kecerahan skrin
peranti. Untuk melaraskan kecerahan skrin secara automatik mengikut
keamatan cahaya ambien, ketik suis Automatik.