Fungsi Asas 68
Penyulitan kad memori
Anda boleh menyulitkan dan melindungi data yang disimpan pada kad
memori. Data yang disulitkan dalam kad memori tidak boleh diakses
daripada peranti lain.
1
Ketik Tetapan Umum Skrin kunci & keselamatan
Penyulitan & bukti kelayakan
Sulitkan kad SD.
2
Baca gambaran keseluruhan pada skrin penyulitan kad memori dan
kemudian ketik SAMBUNG untuk meneruskan.
3
Pilih pilihan dan ketik SULITKAN SEKARANG.
• Fail penyulitan Baru: Sulitkan hanya data yang disimpan pada kad
memori selepas penyulitan.
• Penyulitan Penuh: Sulitkan semua data yang disimpan pada masa
ini pada kad memori.
• Tidak termasuk fail media: Sulitkan semua fail, kecuali untuk fail
media seperti muzik, foto dan video.
• Untuk menyulit kad memori, pastikan bahawa kunci skrin ditetapkan
dengan menggunakan PIN atau kata laluan.
• Sebaik sahaja penyulitan kad memori bermula, sesetengah fungsi tidak
boleh didapati.
• Jika anda mematikan kuasa ketika penyulitan sedang berjalan, proses
penyulitan akan gagal dan sesetengah data mungkin rosak. Oleh itu,
pastikan untuk memeriksa jika paras bateri adalah mencukupi sebelum
memulakan penyulitan.
• Fail yang disulitkan hanya boleh diakses daripada peranti di mana fail
telah disulitkan.
• Kad memori yang disulitkan tidak boleh digunakan pada peranti LG yang
lain. Untuk menggunakan kad memori yang disulitkan pada peranti
mudah alih lain, formatkan kad.
• Anda boleh mengaktifkan penyulitan kad memori walaupun tiada
kad memori dipasang ke dalam peranti. Sebarang kad memori yang
dipasang selepas penyulitan akan disulitkan secara automatik.