Fungsi Asas 56
Tataletak skrin Utama
Anda boleh melihat semua aplikasi dan mengatur widget serta folder
pada skrin Utama.
Kawasan akses pantas
Bebutang sentuh Rumah
Folder
Widget cuaca
Ikon halaman
Widget carian Google
• Skrin Utama boleh berbeza bergantung pada dasar pengilang, tetapan
pengguna, versi perisian atau penyedia perkhidmatan.
• Bar status: Lihat ikon status, masa dan tahap bateri.
• Widget cuaca: Lihat maklumat cuaca dan masa untuk kawasan
tertentu.
• Widget carian Google: Lakukan carian Google dengan memasukkan
kata kunci sebutan atau tulisan.
• Folder: Buat folder untuk mengkategorikan aplikasi mengikut
keutamaan anda.
• Ikon halaman: Papar jumlah kanvas skrin Utama. Ketik ikon
halaman diingini untuk pergi ke halaman yang anda pilih. Ikon yang
menggambarkan kanvas semasa akan diserlahkan.
• Kawasan akses pantas: Tetapkan aplikasi utama di bahagian bawah
skrin supaya ia boleh diakses dari mana-mana kanvas skrin Utama.