EasyManua.ls Logo

Midea MCH-90B68AT - Pelupusan

Midea MCH-90B68AT
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Ketiganya, untuk keadaan seperti berikut, pihak kami tidak akan
bertanggungjawab ke atas perkhidmatan pembaikan produk untuk "Tiga
Jaminan", bagaimanapun, pembaikan dengan mengenakan bayaran
tertentu tetap disediakan:
1. Kerosakan produk disebabkan oleh cara penggunaan yang tidak
betul atau penjagaan yang tidak baik.
2. Kerosakan produk bukan disebabkan oleh pemasangan atau
penyelenggaraan yang dijalankan oleh kakitangan bahagian
penyelenggaraan khas kami.
3. Produk yang tanpa bukti pembelian yang sah.
4. Bukti pembelian produk telah dipinda.
5. Model dan kod badan produk yang tercatat pada kad perkhidmatan
pemasangan tidak sama dengan model dan kod badan produk yang
dihantar untuk dibaiki.
6. Kerosakan produk disebabkan oleh ketidakstabilan voltan kuasa atau
melebihi lingkungan voltan yang normal (198-242 voltan ulang-alik), atau
pemasangan litar kuasa tidak memenuhi keperluan pemasangan elektrik
negara.
7. Produk dijual pada harga diskaun atau dengan "Gred Rendah Kualiti"
dan "Barang Substandard" tercetak pada kad perkhidmatan pemasangan
atau badan unit.
8. Kerosakan produk disebabkan oleh bencana alam yang tidak dapat
dielakkan.
9. Tempoh jaminan produk sudah tamat.
10. Kerosakan produk disebabkan oleh kaedah yang tidak sesuai dan tidak
wajar seperti yang dinyatakan dalam buku panduan.
Keempatnya, jika permintaan anda untuk mendapatkan perkhidmatan
adalah munasabah tetapi tidak dapat diselesaikan oleh bahagian
penyelenggaraan khas kami atau anda tidak berpuas hati terhadap
perkhidmatan mereka, sila hubungi atau tuliskan surat kepada pusat
khidmat pelanggan kami dengan segera, kami akan menyediakan
perkhidmatan yang sewajarnya kepada anda.
Sila lupuskannya perkakas ini di pusat pengumpulan sisa
komuniti / pusat kitar semula tempatan anda, dan pastikan ia
tidak mendatangkan kebahayaan terhadap kanak-kanak
semasa disimpan untuk pelupusan. Plag mesti dijadikan tidak
berguna dan kabel mesti dipotong bagi mengelakkan
penyalahgunaan.
Pelupusan
15

Related product manuals