EasyManuals Logo

Omron HEM-7156T User Manual

Omron HEM-7156T
87 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #75 background imageLoading...
Page #75 background image
74
MS
4. Penyelenggaraan
4.1 Penyelenggaraan
Untuk melindungi pemantau anda daripada rosak, ikuti arahan di bawah:
Perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan oleh pengilang akan
membatalkan waranti pengguna.
4.2 Penyimpanan
Pastikan pemantau anda dalam bekas penyimpanannya apabila tidak
digunakan.
1. Tanggalkan kaf lengan daripada pemantau.
2. Lipat tiub udara secara lembut ke dalam kaf lengan.
Perhatian: Jangan bengkokkan atau renyukkan tiub udara secara
berlebihan.
3. Tempatkan pemantau anda dan komponen lain ke dalam bekas
penyimpanan.
Simpan pemantau anda dan komponen lain di tempat yang bersih dan
selamat.
Jangan simpan pemantau anda dan komponen lain:
JIka pemantau dan komponen yang lain basah.
Di lokasi yang terdedah kepada suhu ekstrem, kelembapan, sinar
matahari langsung, debu atau wap mengkakis seperti peluntur.
Di tempat yang terdedah kepada getaran dan kejutan.
4.3 Pembersihan
Jangan guna pencuci yang melelas atau mudah meruap.
Guna kain yang kering dan lembut atau kain lembut yang dilembapkan
dengan detergen lembut (neutral) untuk membersihkan pemantau dan kaf
lengan anda, dan kemudian lap dengan kain yang kering.
Jangan basuh atau rendam pemantau dan kaf lengan anda atau komponen
lain di dalam air.
Jangan guna gasolin, pencair atau pelarut yang serupa untuk
membersihkan pemantau dan kaf lengan atau komponen yang lain.
4.4 Penentukuran dan Perkhidmatan
Ketepatan pemantau tekanan darah ini telah diuji dengan teliti dan direka
bentuk untuk jangka hayat yang panjang.
Umumnya disarankan agar unit diperiksa setiap dua tahun untuk
memastikan fungsi dan ketepatan yang betul. Sila rujuk pengedar OMRON
anda yang sah atau Perkhidmatan Pelanggan OMRON di alamat yang
tertera pada bungkusan atau lampiran yang dilampirkan.
Perhatian
JANGAN merungkai atau cuba membaiki pemantau ini atau komponen
lain. Ini boleh mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
Perhatian
Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal
tiub, bukan pada tiub itu sendiri.

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Omron HEM-7156T and is the answer not in the manual?

Omron HEM-7156T Specifications

General IconGeneral
ModelHEM-7156T
CategoryBlood Pressure Monitor
Device TypeUpper Arm
Bluetooth ConnectivityYes
Cuff Size22-42 cm
IntelliSense TechnologyYes
Accuracy (Pressure)±3 mmHg
Accuracy (Pulse)±5% of reading
InflationAutomatic by electric pump
DeflationAutomatic pressure release valve
Measurement MethodOscillometric method
Power Source4 AA batteries or AC adapter
Measurement Range (Pulse)40-180 beats/min
Memory Storage60 readings

Related product manuals