EasyManuals Logo

Omron JPN616T User Manual

Omron JPN616T
80 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #71 background imageLoading...
Page #71 background image
70
MS
4. Penyelenggaraan
4.1 Penyelenggaraan
Untuk melindungi monitor anda daripada rosak, ikuti arahan di bawah:
Perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan oleh pengilang akan
membatalkan waranti pengguna.
4.2 Penyimpanan
Pastikan monitor anda dalam bekas penyimpanannya apabila tidak
digunakan.
1. Tanggalkan kaf lengan daripada monitor.
2. Lipat tiub udara secara lembut ke dalam kaf lengan.
Perhatian: Jangan bengkokkan atau renyukkan tiub udara secara
berlebihan.
3. Tempatkan monitor anda dan komponen lain ke dalam bekas
penyimpanan.
Simpan monitor anda dan komponen lain di tempat yang bersih dan
selamat.
Jangan simpan monitor anda dan komponen lain:
JIka monitor dan komponen yang lain basah.
Di lokasi yang terdedah kepada suhu ekstrem, kelembapan, sinar
matahari langsung, debu atau wap mengkakis seperti peluntur.
Di tempat yang terdedah kepada getaran dan kejutan.
4.3 Pembersihan
Jangan guna pencuci yang melelas atau mudah meruap.
Guna kain yang kering dan lembut atau kain lembut yang dilembapkan
dengan detergen lembut (neutral) untuk membersihkan monitor dan kaf
lengan anda, dan kemudian lap dengan kain yang kering.
Jangan basuh atau rendam monitor dan kaf lengan anda atau komponen
lain di dalam air.
Jangan guna gasolin, pencair atau pelarut yang serupa untuk
membersihkan monitor dan kaf lengan atau komponen yang lain.
4.4 Penentukuran dan Perkhidmatan
Ketepatan monitor tekanan darah ini telah diuji dengan teliti dan direka
bentuk untuk hayat perkhidmatan yang lama.
Disarankan secara am supaya memastikan unit ini diperiksa setiap dua
tahun bagi memastikan fungsi dan ketepatan yang betul. Sila rujuk pada
pengedar OMRON anda yang sah atau Khidmat Pelanggan OMRON di
alamat yang diberi pada bungkusannya atau risalah yang dilampirkan.
Perhatian
JANGAN merungkai atau cuba membaiki monitor ini atau komponen lain.
Ini boleh mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
Perhatian
Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal
tiub, bukan pada tiub itu sendiri.

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Omron JPN616T and is the answer not in the manual?

Omron JPN616T Specifications

General IconGeneral
BrandOmron
ModelJPN616T
CategoryBlood Pressure Monitor
LanguageEnglish

Related product manuals