UNIT DALAMAN DAN UNIT LUARAN
UNIT DALAMAN DAN UNIT LUARAN
Jangan bersihkan unit dalaman ini dengan air, 
benzena, bahan pencair atau serbuk sental.
Jangan gunakan alat ini untuk tujuan lain, misalnya 
untuk mengawet makanan.
Jangan gunakan sebarang peralatan yang mudah 
terbakar di depan saluran keluar udara untuk 
mengelakkan penyebaran kebakaran.
Jangan dedahkan diri terlalu lama di depan aliran udara
sejuk.
Jangan duduk atau pijak unit, anda 
mungkin terjatuh.
Jangan sentuh kepingan aluminium, 
bahagian yang tajam boleh menyebabkan 
kecederaan.
Jangan ON(BUKA) suis unit dalaman semasa 
menggilap lantai dengan penggilap berlilin. Selepas 
menggilap, alirkan udara bilik betul-betul sebelum 
memulakan operasi unit.
Jangan pasang unit di kawasan berminyak dan 
berasap.
Pastikan paip saliran dipasang dengan betul. Jika 
tidak, kebocoran mungkin berlaku.
Bilik hendaklah selalu dianginkan.
Selepas digunakan dalam tempoh yang lama, pastikan 
rak pemasangan tidak rosak untuk menghalang unit 
daripada terjatuh.
Unit 
Luaran
Alat Kawalan 
Jauh
Bekalan 
Kuasa
AMARAN
BEKALAN KUASA
Jangan gunakan wayar bekalan 
kuasa yang diubahsuai, disambung, 
dipanjangkan atau yang tidak 
ditentukan untuk mencegah 
pemanasan dan kebakaran.
Jangan berkongsi saluran keluar kuasa yang sama 
dengan peralatan lain untuk mencegah pemanasan dan 
kebakaran.
Jangan kendali dengan tangan yang basah untuk 
mencegah kejutan elektrik.
Jika wayar bekalan kuasa rosak, ia perlu diganti 
oleh pembuat, agen membaikpulih atau orang yang 
bertauliah bagi mengelakkan bahaya.
Amat disyorkan untuk memasang Pemutus Litar 
Bocoran Bumi (ELCB) atau Alat Arus Baki (RCD) 
untuk mencegah kejutan elektrik atau kebakaran.
Peralatan ini perlu dibumikan untuk mencegah kejutan 
elektrik atau kebakaran.
Sekiranya berlaku kecemasan atau keadaan tidak 
normal (bau terbakar dan sebagainya), matikan 
bekalan kuasa dan hubungi pengedar yang sah.
Cegah kejutan elektrik dengan mematikan bekalan 
kuasa semasa:
- Sebelum mencuci atau melakukan servis.
- Tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.
- Aktiviti kilat yang kuat melebihi biasa.