Catatan: Pastikan anda menyambungkan berus tepi dengan sempurna. Tekannya ke aci sehingga
anda mendengarnya terkancing ke kedudukannya dengan bunyi klik.
Keluarkan tag perlindungan daripada unit kawalan jauh
Unit kawalan jauh berfungsi menggunakan bateri CR2025 berbentuk syiling. Bateri ini dilindungi
dengan tag perlindungan yang perlu dikeluarkan sebelum guna.
1 Tarik keluar tag perlindungan bateri daripada petak bateri unit kawalan jauh (Raj. 11).
Kini unit kawalan jauh sudah bersedia untuk digunakan.
Membuat persediaan untuk guna
Memasang stesen dok
1 Masukkan palam kecil penyesuai ke dalam soket pada stesen dok (1) dan masukkan penyesuai ke
dalam soket dinding (2) (Raj. 12).
2 Letakkan stesen dok di atas lantai rata dan mendatar ke dinding.
Catatan: Pastikan tiada halangan atau perbezaan ketinggian 80 cm di depan, 30 cm ke kanan dan
100 cm ke kiri stesen dok.
Pengecasan
-
Apabila mengecas untuk kali pertama dan apabila bateri boleh cas semula robot sudah kosong,
masa pengecasan adalah selama empat jam.
-
Apabila bateri boleh cas semula telah dicas sepenuhnya, robot anda boleh membersihkan
kawasan selama 120 minit.
-
Robot anda hanya boleh dicas pada stesen dok.
Menyediakanbilik untuk aktiviti pembersihan
Sebelum anda memulakan robot bagi aktiviti pembersihan, pastikan anda mengetepikan semua objek
yang longgar dan mudah pecah daripada lantai (Raj. 20).
Ketepikan juga semua kabel, wayar dan kord daripada lantai.
Menggunakan robot anda
Bermula dan berhenti
1 Tekan butang mula/henti.
-
Anda boleh menekan butang mula/henti pada robot (Raj. 21).
-
Anda juga boleh menekan butang mula/henti pada unit kawalan jauh (Raj. 22).
2 Butang mula/henti terus menyala dan robot mula membersihkan kawasan (Raj. 23).
3 Robot membersihkan kawasan dalam mod auto-pembersihan sehingga baterinya kurang kuasa.
Dalam mod auto-pembersihan, robot mengikuti urutan berulang corak Z, secara rambang,
mengikuti dinding dan corak pembersihan rapi (Raj. 24).
Catatan: Untuk memilih mod individu, tekan salah satu daripada butang mod pada unit kawalan
jauh. Lihat bahagian 'Pemilihan mod pembersihan' untuk butiran lanjut.
4 Apabila kuasa bateri berkurangan, butang mula/henti mula berkelip dan robot mencari stesen dok
untuk mengecas semula (Raj. 18).
18
Bahasa Melayu