5 Buangkan bulu-bulu halus, rambut dan benang daripada aci dan daripada berus tepi
menggunakan berus lembut (cth. berus gigi) atau kain (Raj. 44).
6 Periksa berus tepi dan bawah robot untuk sebarang objek tajam yang boleh merosakkan lantai
anda.
7 Selepas anda telah menanggalkan berus tepi daripada acinya, buka sambungan kilat muncung
TriActive XL dengan memasukkan jari anda di tempat yang ditandakan dengan anak panah dan
tarik muncung TriActive daripada robot (Raj. 45).
8 Bersihkan bukaan sedutan dengan berus lembut (cth. berus gigi) (Raj. 46).
9 Keluarkan semua habuk yang boleh dilihat daripada muncung TriActive (Raj. 47).
10 Masukkan cangkuk kilat muncung TriActive ke dalam lubang di bawah robot (Raj. 48). Tolak
muncung TriActive semula ke posisinya. Periksa sama ada muncung tersebut boleh bergerak
beberapa milimeter ke atas dan bawah dengan bebas.
Penggantian
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.shop.philips.com/service atau pergi ke penjual
Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pengguna Philips di negara anda (lihat
risalah jaminan seluruh dunia untuk maklumat perhubungan).
Menggantikan penuras
Gantikan penuras jika terlalu kotor atau rosak. Anda boleh memesan penuras baharu di bawah
nombor pesanan FC8012. Lihat 'Mengosongkan dan membersihkan bekas habuk' dalam bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan' untuk arahan tentang cara mengeluarkan penuras daripada
bekas habuk dan cara meletakkannya dalam bekas habuk.
Menggantikan berus tepi
Gantikan berus tepi selepas sedikit masa untuk memastikan hasil pembersihan yang baik.
Catatan: Sentiasa gantikan berus tepi apabila anda melihat tanda-tanda kelusuhan atau kerosakan.
Kami juga mengesyorkan anda untuk menggantikan kedua-dua berus tepi pada masa yang sama.
Anda boleh memesan berus tepi simpanan sebagai satu set di bawah nombor pesanan FC8013.
1 Untuk menggantikan berus tepi, genggam bulu kejur berus tepi yang lama dan tariknya keluar
daripada acinya (Raj. 43).
2 Tolak berus tepi yang baharu ke dalam acinya (Raj. 10).
Menggantikan bateri boleh cas semula
Jurutera servis yang bertauliah sahaja boleh menggantikan bateri robot yang boleh cas semula. Bawa
robot ke pusat servis Philips yang sah untuk menggantikan bateri tersebut apabila anda tidak boleh
mengecas semula bateri atau apabila kuasa bateri itu habis dengan cepat. Anda boleh menemui
butiran hubungan Pusat Khidmat Pengguna Philips di negara anda dalam risalah jaminan
antarabangsa atau pergi ke www.philips.com/support.
Menggantikan bateri unit kawalan jauh
Unit kawalan jauh berfungsi menggunakan bateri CR2025 berbentuk syiling. Ganti bateri apabila robot
tidak lagi memberikan respons apabila anda menekan butang pada unit kawalan jauh.
22
Bahasa Melayu