EasyManua.ls Logo

Philips FC8774 - Pemanduan manual; Menggunakan butang masa pembersihan; Menggunakan suis kuasa; Isyarat dan maknanya

Philips FC8774
68 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Pemanduan manual
1 Gunakan butang anak panah atas dan bawah serta kiri dan kanan butang mula/henti pada unit
kawalan jauh untuk mengemudi robot dalam bilik. (Raj. 33)
Catatan: Berhati-hati apabila anda memandu robot rapat dengan perbezaan ketinggian dan anak
tangga.
Catatan: Fungsi vakum dan berus tepi hanya berfungsi apabila robot dipandu ke hadapan. Butang
kiri, kanan atau belakang hanya untuk mengemudi robot tersebut.
Menggunakan butang masa pembersihan
Tekan butang masa pembersihan pada unit kawalan jauh untuk membuat robot membersihkan
selama 35 minit. Apabila masa pembersihan tamat, robot kembali ke stesen dok untuk mengecas
semula (Raj. 34).
Menggunakan suis kuasa
Menetapkan kuasa kepada posisi 'off' meletakkan robot dalam mod tidur lena. Dalam mod ini, robot
tidak memberi respons lagi.
-
Jika anda mahu mengecas robot, anda perlu menekan suis kuasa kepada 'on' (hidup).
-
Jika robot memasuki mod tidur lena semasa guna, anda boleh mengaktifkannya semula dengan
menetapkan suis kuasa kepada 'on' (hidup) dan dengan mengecas robot tersebut. Selepas
beberapa saat, robot akan respons semula
-
Apabila anda tidak akan menggunakan robot selama sebulan atau lebih, tekan suis kuasa kepada
'off' (mati) dan cabutkan palam stesen dok atau penyesuai untuk melindungi bateri boleh cas
semula dan untuk menjimatkan tenaga.
Isyarat dan maknanya
Robot mempunyai paparan dengan dua penunjuk: penunjuk amaran dan penunjuk bekas habuk
penuh. Butang mula/henti mengeluarkan isyarat cahaya Jadual di bawah menerangkan makna isyarat
tersebut.
Isyarat
Maksud
Butang mula/henti terus menyala. Robot bersedia untuk membersihkan.
Butang mula/henti berkelip dengan perlahan. Robot sedang mengecas.
Butang mula/henti berkelip dengan pantas. Robot sedang mencari stesen dok.
Bateri boleh cas semula robot rendah.
Penunjuk bekas habuk penuh menyala. Bekas habuk telah penuh.
Penunjuk amaran menyala. Robot diangkat semasa membersihkan kawasan.
Bampar robot tersangkut.
Roda atau berus tepi tersangkut.
Tiada penutup atas atau tidak ditutup dengan
rapi.
Robot tidak dapat mencari stesen dok.
20
Bahasa Melayu

Table of Contents

Related product manuals