EasyManua.ls Logo

Philips GC4340 - Bahasa Melayu; Perihalan Umum

Philips GC4340
62 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
BAHASA MELAYU 15
Perihalan umum
A Muncung sembur
B Tukup isian
C Butang pancutan stim9
D Kawalan stim
E Butang sembur T
F Lampu pematian automatik (GC4325/GC4320 sahaja)
G Lampu suhu
H Cakera suhu
I Lampu isyarat dan lampu pematian automatik (GC4340/GC4330
sahaja)
J Plat jenis
K Tangki air
L Butang Pembersihan Kalk
M Plat tapak
N Cawan isian
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan di masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada plat jenis sepadan
dengan voltan sesalur kuasa tempatan sebelum anda
menyambungkan perkakas.
Jika perkakas disediakan dengan plag yang dibumikan, ia mesti
dipasangkan ke dalam soket dinding yang dibumikan.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord atau perkakasnya sendiri
menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah
terjatuh atau bocor.
Periksa kord dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat
servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak-pihak yang telah
diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Jangan sekali-kali biarkan seterika tanpa diawasi pada bila-bila masa
ia tersambung dengan punca kuasa.
Jangan sekali-kali menenggelamkan seterika dan diriannya, di dalam
air.
Jauhkan perkakas daripada jangkauan kanak-kanak
Anak-anak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas itu.
Perkakas ini tidak boleh digunakan oleh anak-anak kecil atau orang
yang uzur tanpa pengawasan.
Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat panas dan
mungkin menyebabkan kelecuran jika tersentuh.
Jangan biarkan kord tersentuh plat tapak semasa seterika masih
panas.

Other manuals for Philips GC4340

Related product manuals