EasyManuals Logo

Sharp KC-A60E User Manual

Sharp KC-A60E
62 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #25 background imageLoading...
Page #25 background image
M-3
MALAYSIA
AMARAN BERKAITAN OPERASI:
Jangan halang salur masuk dan/atau salur keluar udara.
Jangan gunakan unit bedekatan objek panas, seperti dapur masak atau alat pemanas atau di mana
ia mungkin terkena wap air.
Sentiasa kendalikan unit ini dalam kedudukan menegak.
Pegang unit ini dengan memegang pemegang di kedua-dua sisinya apabila mengalihkannya.
Jangan alihkannya semasa unit sedang beroperasi.
Jangan alih atau tukar arah unit utama dengan menyeret rodanya.
Angkat dan alihkan unit jika lantai anda mudah rosak, misalnya lantai yang ditutupi tikar tatami,
jika permukaan lantai tidak rata dan jika permaidani anda tebal.
Apabila anda mengalihkan ia menggunakan rodanya, gerakkan perlahan-lahan ke arah melintang.
Apabila mengalihkannya, pastikan anda hentikan operasi dan keluarkan tangki air dan Dulang
Pelembap dengan memegang pemegang di kedua-dua sisi unit.
Apabila mengeluarkan tangki air, berhati-hati agar jari anda tidak tersepit.
Jangan kendalikan unit ini tanpa penapis, Tangki Air dan Dulang Pelembapnya terpasang rapi.
Jangan cuci dan guna semula penapis HEPA.
Bukan sahaja ia tidak meningkatkan prestasi penapis, ia mungkin menyebabkan kejutan elektrik
atau pincang tugas.
Bersihkan bahagian luarnya dengan kain lembut sahaja.
Jangan gunakan cecair yang mudah meruap dan/atau bahan pencuci.
Permukaan unit boleh rosak atau merekah.
Selain itu, penderianya juga mungkin tidak akan dapat berfungsi dengan betul.
Kekerapan penyelenggaraan yang diperlukan (pembuangan kerak kapur) bergantung pada
kekerasan atau ketaktulenan air yang anda gunakan; semakin keras airnya, semakin kerap
anda perlu membuang kerak kapur yang melekat pada tangki.
Pastikan unit utama jauh dari air.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
Apabila menggunakan unit ini, letakkan ia sekurang-kurangnya 2m dari perkakas yang menggunakan
gelombang elektrik seperti televisyen atau radio bagi mengelakkan gangguan elektrik.
Elakkan lokasi di mana penderia terdedah secara terus kepada angin.
Unit ini mungkin tidak akan beroperasi dengan betul.
Elakkan daripada menggunakannya di lokasi di mana perabot, fabrik atau barang-barang lain
bersentuhan dengan salur masuk dan/atau salur keluar udara atau menghalang salur tersebut.
Elakkan daripada menggunakan unit ini di lokasi di mana ia mungkin terdedah kepada
pemeluwapan atau perubahan suhu yang mendadak. Keadaan yang paling sesuai ialah
apabila suhu bilik antara 5 – 35ºC.
Letakkan di atas permukaan yang stabil dengan peredaran udara yang mencukupi.
Apabila meletakkan unit ini di atas kawasan yang ditutupi permaidani yang tebal, unit ini mungkin
akan bergetar sedikit.
Letakkan unit ini di atas permukaan yang rata untuk mengelakkan kebocoran air dari Tangki Air
dan/atau Dulang Pelembap.
Elakkan lokasi di mana gris atau asap berminyak dikeluarkan.
Jika tidak, permukaan unit mungkin merekah atau penderianya mungkin tidak dapat berfungsi dengan betul lagi.
Letakkan unit lebih kurang 30cm (1 kaki) dari dinding bagi memastikan aliran udara yang baik.
Dinding yang betul-betul di belakang salur udara mungkin akan menjadi kotor lama-kelamaan. Jika
anda menggunakan unit ini di lokasi yang sama untuk tempoh yang lama, bersihkan dinding dari
semasa ke semasa dan lindungi dinding menggunakan plastik dan sebagainya untuk mencegah ia
daripada menjadi kotor.
GARIS PANDUAN PENAPIS
Ikuti arahan di dalam manual ini untuk mengetahui cara penjagaan dan penyelenggaraan penapis yang betul.
OM_KC-A60Y_A50Y_A40(EN-MY).indb Sec1:3 5/13/11 4:35:28 PM

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Sharp KC-A60E and is the answer not in the manual?

Sharp KC-A60E Specifications

General IconGeneral
BrandSharp
ModelKC-A60E
CategoryAir Cleaner
LanguageEnglish

Related product manuals