EasyManua.ls Logo

TEFAL RK8035 - Sebelum Penggunaan Pertama

TEFAL RK8035
66 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
47
SEBELUM PENGGUNAAN PERTAMA
Mengeluarkan perkakasan
Keluarkan perkakasan dari bungkusan dan mengeluarkan semua
aksesori dan dokumen bercetak.
Buka tudung dengan menekan butang pembuka di permukaan – rajah 1.
Baca arahan dengan teliti and mengikut kaedah operasi.
Bersihkan perkakasan
Keluarkan mangkuk – rajah 2, tudung dalaman dan injap tekanan –
rajah 3a dan 3b.
Bersihkan mangkuk, injap dan tudung dalaman dengan span dan cecair
pencuci.
Lap luaran perkakasan dan tudung dengan kain lembap.
Keringkan dengan teliti.
Masukkan semua elemen ke kedudukan asal. Pasang tudung dalaman
di posisi sebenar di atas tudung. Kemudian, masukkan tudung dalaman
di belakang 2 rusuk dan tekan di bahagian atas sehingga ia tetap.
Pasang kord boleh tanggal ke soket pada tapak pemasak.
UNTUK PERKAKASAN DAN SEMUA FUNGSI
Berhati-hati apabila mengelap bahagian luar mangkuk (terutama
bahagian bawah). Pastikan tiada sisa asing atau cecair di bawah
mangkuk dan pada elemen pemanas – rajah 5.
Masukkan mangkuk ke dalam perkakasan, pastikan berada pada
kedudukan yang betul – rajah 6.
Pastikan tudung dalaman berada pada kedudukan yang betul.
Tutup tudung di tempatnya dengan bunyi "klik".
Pasangkan kord kuasa ke dalam soket pada dasar periuk pelbagai guna
dan kemudiannya palamkan ke dalam saluran kuasa. Perkakas itu akan
mengeluarkan bunyi "Bip" sekali, semua penunjuk pada kotak kawalan
akan bernyala buat seketika. Mod menanak nasi ditetapkan pada
program memasak asal.
Jangan sentuh elemen pemanas apabila produk dipasang atau selepas
memasak. Jangan angkat produk semasa penggunaan atau baru lepas
memasak.
Perkakasan ini hanya untuk kegunaan dalaman.
Jangan letakkan tangan anda pada lubang kukus semasa memasak,
bahaya melecur – rajah 10.

Related product manuals