EasyManua.ls Logo

Bosch ProPower - Page 16

Bosch ProPower
36 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
16
ms Resipi dan petua
Muncung juga boleh digunakan tanpa
kulit! Lapisi daging sosej dengan serdak
roti dan kemudian goreng.
Keju kisar
Resipi asas
500-600 g keju (Gouda)
Untuk proses penyediaan yang lebih
baik, potongkan Gouda menjadi kiub
(2.5 x 2.5 x 2.5 cm) dan bekukan pada
-20 °C selama 24 jam.
Kisarkan gouda beku dengan pengisar
daging (cakera pengisar berlubang).
Masa pemprosesan: 1 minit
Gulungan daging kisar dengan
gouda
Resipi asas
500 g daging lembu, dipotong nipis
500 g daging khinzir, dipotong nipis
200 g keju (Gouda)
10 g garam
2 g lada hitam kisar
Bawang putih (pilihan)
Minyak untuk menggoreng
Mula-mula, kisarkan gouda beku
(X “keju kisar”), kemudian daging
lembu dan khinzir dengan pengisar
daging (cakera berlubang halus).
Tambahkan garam, lada hitam kisar
serta bawang putih (pilihan) dan
gaulkan hingga sebati.
Bentukkan gulungan daging kira-kira
10 cm panjang samada dengan
menggunakan tangan atau pengisi
sosej.
Panaskan minyak dalam kuali dan
gorengkan gulungan daging tadi
selama kira-kira 5 minit. Pusingkannya
beberapa kali sehingga ianya masak
dengan sempurna.
Alat tambah pengisi sosej
Rendam kulit asli di dalam air suam
selama lebih kurang 10 minit sebelum
pemprosesan.
Jangan terlebih isi sosej, jika tidak,
sosej boleh pecah semasa direbus atau
digoreng.
Muncung juga boleh digunakan tanpa
kulit! Lapisi daging sosej dengan serdak
roti dan kemudian goreng.
Alat tambah Kebbe
Resipi untuk kebbe berinti
Kantung doh:
500 g daging kambing, dipotong
menjadi hirisan
500 g gandum bulgur, dibasuh dan
ditapis
1 bawang kecil, dicincang
Masukkan daging kambing dan gandum
berselang seli melalui cakera berlubang
halus alat tambah pengisar.
Campurkan adunan sehingga sebati,
campurkan bawang.
Lalukan campuran dua kali lebih melalui
alat tambah pengisar.
Inti:
400 g daging kambing, dipotong
menjadi hirisan
2 bawang bersaiz sederhana, dicincang
1 sudu besar minyak
1 sudu besar tepung
2 sudu teh pimento
Garam dan lada
Masukkan daging kambing melalui
cakera berlubang halus alat tambah
pengisar.
Goreng bawang sehingga perang
keemasan.
Tambah daging kambing dan goreng
sehingga masak betul.
Tambah bahan-bahan selebihnya.
Tumis semuanya selama lebih kurang
1-2 minit.
Tuangkan lemak yang berlebihan.
Biarkan inti menyejuk.

Related product manuals