Panduan Pengguna Cochlear Aqua+ 109
Peringatan
ꞏ Gunakan Aqua+ dengan gegelung biru Aqua+ sahaja dan
jangan sekali-kali gunakan gegelung biasa anda.
ꞏ Apabila menyambungkan kabel gegelung, tolak palam
ke dalam secara lurus dan jangan skru atau putarkan
palam itu.
ꞏ Jika boleh, elakkan daripada menekan butang pemproses
dengan kuku jari anda kerana ini boleh merosakkan
Aqua+ anda.
ꞏ Jika Aqua+ kelihatan rosak atau lusuh, gantikannya
dengan yang baru.
ꞏ Jika pemproses bunyi anda basah, keringkan dengan kain
kering yang lembut dan letakkan di dalam alat pengering
selama sekurang-kurangnya lapan jam.
Amaran
ꞏ Jika pemproses bunyi anda menjadi lebih panas daripada
biasa, tanggalkan dengan serta-merta dan dapatkan
nasihat daripada klinisian anda. Ibu bapa/penjaga: jika
penerima anda menunjukkan ketidakselesaan, periksa
sama ada pemproses bunyi lebih panas daripada biasa.
ꞏ Bahagian kecil (contohnya, magnet dan Tali Keselamatan)
boleh menjadi bahaya tercekik atau terjerut.
ꞏ Pemproses bunyi dan aksesori yang berkaitan
mengandungi bahagian kecil yang dengan sendirinya
atau apabila digabungkan mungkin membawa bahaya
tersedut, tercekik atau pengingesan. Menelan atau
menyedut bahagian kecil boleh menyebabkan kecederaan
serius atau membawa maut. Gunakan kunci tahan usik
untuk memastikan bahagian kecil terpasang dengan
kukuh pada unit pemprosesan jika tersedia, termasuk
bahagian yang boleh dimuatkan di antara unit
pemprosesan dengan modul bateri. Pantau kanak-kanak
yang berumur bawah 3 tahun dan orang lain yang
mungkin terdedah kepada bahaya tersedut, tercekik atau
pengingesan bahagian kecil apabila mereka
menggunakan pemproses bunyi dan aksesori yang
berkaitan. Apabila tidak digunakan, simpan bahagian kecil
dan gabungan bahagian kecil, jauh daripada jangkauan
kanak-kanak. Jika bahagian kecil ditelan atau disedut,
dapatkan bantuan perubatan dengan segera.