EasyManua.ls Logo

Cochlear Aqua+ - Pengenalan

Cochlear Aqua+
204 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
92 Panduan Pengguna Cochlear Aqua+
Pengenalan
Cochlear™ Aqua+ ialah penutup boleh tutup yang boleh
digunakan semula dan jika digunakan dengan Gegelung Aqua+
Cochlear™ Nucleus
®
8, akan memastikan Pemproses Bunyi
Nucleus 8 (nombor model: CP1110) anda kering semasa
digunakan di dalam atau di sekitar air (contohnya, semasa
berenang atau mandi). Ia dipakai di belakang telinga anda dengan
pemproses bunyi anda tertutup di dalam.
Nucleus 8 Aqua+ hanya boleh digunakan oleh penerima yang
dapat menanggalkan sendiri pemproses bunyi jika pemakaian
menyebabkan ketidakselesaan atau mereka yang dapat
memberitahu ibu bapa atau penjaga jika mereka rasa tidak selesa.
Nucleus 8 Aqua+ didatangkan dalam dua saiz:
Cochlear Aqua+, Pemanjangan Kuasa, untuk memuatkan
Modul Bateri Pemanjangan Kuasa Cochlear
Cochlear Aqua+, Kompak, untuk memuatkan Modul Bateri
Kompak Cochlear
Anda perlu menggunakan Modul Bateri Pemanjangan Kuasa
Cochlear atau Modul Bateri Kompak Cochlear untuk
menggunakan pemproses bunyi anda di dalam Aqua+� Bateri
udara zink tidak akan berfungsi dengan alat ini kerana bateri itu
memerlukan udara dan tiada udara di dalam Aqua+ apabila alat
ini ditutup.
Gegelung Aqua+ Cochlear Nucleus 8 digunakan sebagai
pengganti gegelung biasa apabila anda menggunakan
pemproses bunyi di dalam Aqua+. Terdapat palam khas yang
menghasilkan kedapan apabila disambungkan pada soket
gegelung pemproses bunyi anda melalui lubang palam gegelung
di dalam Aqua+. Gegelung biasa anda pula menggunakan magnet
gegelung yang diskrukan ke dalam gegelung Aqua+ dan dipasang
pada implan anda.
Nota
Anda tidak boleh menggunakan Pemproses Bunyi Nucleus 8 anda
dalam mod Hybrid™ dengan Aqua+.
Anda tidak boleh menggunakan Pemproses Bunyi Nucleus 8 anda
dengan mana-mana aksesori pegangan Cochlear (contohnya, Snugt
dan Hugt) dengan Aqua+.

Table of Contents