Panduan Pengguna Cochlear Aqua+ 111
Maklumat lain
Keadaan persekitaran
Keadaan Minimum Maksimum
Suhu penyimpanan dan
pengangkutan
-10° C (+14° F) +55° C (+131° F)
Kelembapan penyimpanan
dan pengangkutan
0% RH 90% RH
Suhu pengendalian
(pemproses bunyi)
+5° C (+41° F) +40° C (+104° F)
Kelembapan relatif
pengendalian
0% RH 90% RH
Tekanan pengendalian 700 hPa 1060 hPa
Suhu pemproses bunyi dan aksesori boleh meningkat hingga
2.7° C (4.86° F) semasa operasi biasa dan boleh menjadikan
komponen ini mencecah suhu +42.7° C (+108.86° F) apabila
beroperasi pada suhu persekitaran maksimum +40.0° C
(+104° F).
Perlindungan persekitaran
Gegelung Aqua+ anda mengandungi komponen elektronik yang
tertakluk pada Arahan 2002/96/EC berkenaan kelengkapan
elektrik dan sisa elektronik. Bantu melindungi persekitaran
dengan tidak melupuskan gegelung Aqua+ anda bersama sisa isi
rumah yang tidak diisih. Sila kitar semula gegelung Aqua+ anda
berpandukan peraturan setempat.