76Panduan Pengguna Aksesori Kanso Halo
MS
• Pendedahan pemproses bunyi dan Aksesori Halo kepada
suhu yang melebihi julat pengendalian (+5° C/+41° F
hingga +40° C/+104° F) boleh menyebabkan pemproses
bunyi mati atau pincang tugas kerana terlalu panas.
• Jika anda mengalami ketegangan atau kesakitan pada
bahagian implan atau merasa kerengsaan kulit yang
ketara, berhenti menggunakan pemproses bunyi anda dan
hubungi klinisian anda.
• Jika magnet gegelung terlalu kuat, kudis tekanan boleh
bertumbuh pada bahagian implan itu. Jika masalah ini
berlaku atau jika anda mengalami ketidakselesaan pada
bahagian ini, hubungi klinisian anda.
• Sebarang pengubahsuaian pada kelengkapan ini tidak
dibenarkan.
• Gunakan seperti yang dimaksudkan sahaja.
• Jika berlaku masalah yang tidak dijangka, laporkan kepada
klinisian anda.