EasyManuals Logo

CYBEX TWINYX User Manual

CYBEX TWINYX
40 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #24 background imageLoading...
Page #24 background image
24
Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Sentiasa gunakan sistem abah-abah untuk
mencegah anak anda daripada terjatuh atau menggelongsor dari tempat duduk. Kereta sorong ini sesuai
untuk maksimum dua orang kanak-kanak sahaja. Ikuti semua arahan betul-betul untuk mengelakkan
pengendalian yang salah kerana ini boleh mendatangkan kesan kepada fungsi kereta sorong yang betul.
Kanak-kanak perlu jauh daripada sebarang bahagian yang bergerak semasa membuat pelarasan.
Elakkan kanak-kanak daripada memegang kereta sorong semasa melipat dan membuka lipatan, kerana
jari boleh tersangkut dan tindakan menggunting tidak dapat dielakkan.
Untuk menyambungkan sistem abah-abah penuh tambahan untuk keselamatan cincin 'D' (menurut
EN13210 atau BS6684) disediakan.
Abah-abah perlu disambungkan dan dilaraskan dengan betul. Jika tidak dilaraskan dengan betul
menurut arahan, kestabilan kereta sorong akan terganggu. Abah-abah dan tali pinggang keselamatan
tidak boleh menggantikan pengawasan sepanjang masa oleh orang dewasa.
Penggunaan kereta sorong ini untuk kanak-kanak yang beratnya melebihi 15 kg akan menyebabkan
haus dan lusuh yang berlebihan kepada kereta sorong.
PERHATIAN: JUMLAH KAPASITI BEBAN KERETA SORONG IALAH 35 KG.
IA SESUAI UNTUK KANAKKANAK DENGAN BERAT MAKS. 15 KG PER
UNIT TEMPAT DUDUK. 2X15 DALAM TEMPAT DUDUK + 2X2 DALAM
BAKUL + 2X0,5 DALAM POKET KANOPI.
I. MAKLUMAT AM & KESELAMATAN
• Bahaya jika meninggalkan anak anda tanpa dijaga.
• Sentiasa gunakan tali pengikat kelangkang bersama dengan tali
pinggang.
• Gunakan sistem abah-abah sebaik sahaja kanak-kanak boleh duduk
tanpa dibantu.
• Produk ini tidak sesuai untuk berlari atau meluncur.
• Sebarang beban yang disangkut kepada pemegang akan memberi kesan
kepada kestabilan kereta sorong.
• Jangan biar anak anda bermain dengan produk ini.
• Untuk mengelak kecederaan pastikan anak anda berada jauh ketika
produk ini dilipat dan dibuka.
• Sentiasa gunakan sistem sekatan.
!
AMARAN

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the CYBEX TWINYX and is the answer not in the manual?

CYBEX TWINYX Specifications

General IconGeneral
BrandCYBEX
ModelTWINYX
CategoryStroller
LanguageEnglish

Related product manuals