25
• Kerosakan disebabkan oleh penggunaan aksesori yang tidak diluluskan oleh CYBEX, seperti
penutup hujan, papan buggy, penyangkut beg dan sebagainya tidak akan dilindungi oleh terma
jaminan kami.
• Penggunaan alat ganti selain daripada yang diluluskan oleh CYBEX mungkin tidak selamat.
• Sebelum menggunakan kereta sorong, sentiasa periksa sama ada aksesori sudah dipasang dengan
selamat.
• Sila pastikan brek dikunci semasa meletakkan dan mengangkat kanak-kanak.
• Jangan angkat kereta sorong dengan kanak-kanak berada di dalam: jangan naik atau turun
tangga atau tangga bergerak dengan kanak-kanak di dalam atau semasa bergerak dalam bentuk
pengangkutan yang lain.
• Semasa membuka dan menutup kereta sorong, jangan gunakan kekuatan, kerana melipat dengan
cara yang salah boleh merosakkan atau mematahkan kereta sorong. Baca manual arahan jika perlu.
• Sorong dengan berhati-hati apabila melalui susur jalan dan jalan kerikil. Kereta sorong akan rosak
akibat impak yang berulang.
• Pastikan anak anda tidak berdiri di atas alas kaki.
• Jangan dedahkan kereta sorong kepada sebarang haba buatan atau cahaya matahari secara terus.
• Bagi bayi baru lahir kami mengesyorkan melaraskan penyandar belakang kepada kedudukan
menyandar paling rendah (paling rata).
II. ARAHAN PENYELENGGARAAN
• Pengguna bertanggungjawab untuk kerap menyelenggarakan kereta sorong. Semua bahagian
yang bersambung serta rivet perlu diketatkan dan dipasang dengan betul. Adalah penting untuk
memastikan bahawa mekanisme kunci dan mekanisme berpusing disemburkan dengan semburan
Teflon (pelincir kering) secara kerap. Adalah penting untuk brek, roda dan tayar tidak rosak semasa
penggunaan. Periksa bahagian ini dengan kerap dan baiki atau gantikan jika perlu. BERHENTI
daripada menggunakan produk yang kelihatan tidak kukuh.
• Jangan buat sebarang pengubahsuaian kepada produk. Jika anda mempunyai sebarang aduan atau
masalah, sila hubungi pembekal atau pengimport anda.
• Servis perlu dijadualkan setiap 12 bulan.
• Anda juga boleh menggunakan semburan Teflon (pelincir kering) untuk bahagian bergerak yang lain.
Selepas semburan Teflon, lap produk dengan kain lembut.
• Gunakan hanya alat ganti CYBEX yang asli. Penggunaan alat ganti yang lain mungkin tidak selamat.
• Tiub rangka yang dilekapkan dengan mekanisme kunci dan mekanisme berpusing perlu dibersihkan
dan disemburkan dengan kerap. Ini akan memastikan anda boleh menikmati penggunaan kereta
sorong tanpa sebarang masalah.
Jangan bawa lebih daripada dua orang kanak-kanak di dalam kereta sorong. Jangan sangkut beg beli-
belah pada bar pemegang Beg beli-belah perlu disimpan di dalam bakul kereta sorong. Beban setiap
bakul tidak boleh lebih 2 kg. Muatan berlebihan boleh membuatkan kereta sorong menjadi tidak stabil.
Beban maksimum yng dibenarkan setiap beg kanopi ialah 0.5 kg.
MY