38
19. ARAHAN PENJAGAAN
• basuh berasingan
• basuh secara lembut air suam
• jangan guna peluntur
• jangan guna mesin pengering
• jangan seterika!
• jangan cuci kering
18. JAMINAN
Jaminan berikut terpakai hanya di negara di mana produk ini mula-mula dijual oleh peruncit kepada
pelanggan. Jaminan meliputi semua kerosakan pembuatan dan bahan, yang sedia ada dan muncul,
pada tarikh pembelian atau muncul dalam tempoh dua (2) tahun selepas tarikh pembelian daripada
peruncit yang mula-mula menjual produk kepada pengguna (jaminan pembuat). Sekiranya kerosakan
pembuatan atau bahan muncul, kami akan - mengikut budi bicara kami - sama ada membaiki produk
secara percuma atau menggantikannya dengan produk yang baharu. Untuk mendapatkan jaminan
ini, adalah perlu untuk mengambil atau menghantar produk kepada peruncit, yang mula-mula menjual
produk ini kepada pelanggan dan menyerahkan bukti pembelian asal (resit jualan atau invois)
yang mengandungi tarikh pembelian, nama peruncit dan jenis gelaran produk ini. Jaminan ini tidak
terpakai sekiranya produk ini diambil atau dihantar kepada pembuat atau mana-mana orang lain
selain daripada peruncit yang mula-mula menjual produk ini kepada pengguna. Sila periksa produk
berkaitan kesempurnaan dan kerosakan pembuatan atau bahan dengan segera pada tarikh pembelian,
atau sekiranya produk dibeli dengan jualan jarak jauh, sebaik sahaja selepas penerimaan. Sekiranya
rosak, berhenti menggunakan produk dan hantar atau kirimkan segera kepada peruncit yang mula-
mula menjualnya. Dalam kes jaminan, produk perlu dipulangkan dalam keadaan bersih dan lengkap.
Sebelum menghubungi peruncit, sila baca manual arahan ini dengan teliti. Jaminan ini tidak melindungi
sebarang kerosakan akibat salah guna, pengaruh persekitaran (air, api, kemalangan jalan raya dan
sebagainya) atau haus an lusuh yang biasa. Ia hanya terpakai dalam keadaan penggunaan produk ini
hanya mematuhi arahan pengendalian., jika ada dan semua pengubahsuaian dan servis dilakukan oleh
mereka yang layak dan hanya komponen dan aksesori asli sahaja yang digunakan. Jaminan ini tidak
mengecualikan, mengehadkan atau memberi kesan kepada mana-mana hak berkanun pelanggan,
termasuk tuntutan tort dan tuntutan berkaitan pelanggaran kontrak, yang mana pembeli mungkin ada
terhadap penjual atau pembuat produk.