73
MS
PROSES
PERSEDIAAN
20 s - Sejurus selepas penggunaan, bilas kawat lumen bagi hanpis/alat dengan air.
Kotoran kasar mesti disingkirkan segera selepas penggunaan.
Angkut dengan selamat ke kawasan pemprosesan semula untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada produk,
kontaminasi alam sekitar atau orang yang terlibat dalam proses pemprosesan semula.
Pembersihan hendaklah dijalankan dalam masa 1 jam dari masa produk itu digunakan.
Pakai peralatan perlindungan diri mengikut jenis persediaan.
Hanpis PIEZON
®
:
Keluarkan apa-apa instrumen yang telah dipasang.
Keluarkan tukup hidung dan pisahkan pandu cahaya dan gegelang O.
Hanpis AIRFLOW
®
dan PERIOFLOW
®
:
Sentiasa jalankan proses penyahsumbatan serbuk
hanpis dan pastikan laluan kedua-dua lumen (air dan
serbuk) sebelum meneruskan. Gunakan Easy Clean.
Instrumen PIEZON
®
dengan CombiTorque
®
:
Pisahkan Instrumen PIEZON
®
dan CombiTorque
®
tetapi pastikan setiap instrumen asal dan
CombiTorque
®
digabungkan sepanjang hayatnya.
Endochuck PIEZON
®
:
Tanggalkan apa-apa kikir yang telah dipasang.
Tanggalkan skru dan pisahkan gegelan O kecil.
Apa-apa produk boleh dibersihkan secara manual atau automatik menggunakan alat pencuci atau penyahjangkit.
EMS mengesyorkan penggunaan alat pencuci-penyahjangkit automatik (WD) yang patuh ISO 15883 untuk
memperoleh keberkesaan dan hayat perkhidmatan yang optimum.
AUTOMATIK MANUAL
MEMBERSIHKAN,
MENYAHJANGKIT DAN MENGERINGKAN
Alat pencuci-penyahjangkit mesti mematuhi ISO
15883, mesti mempunyai raga yang sesuai unutk
menyimpan produk kecil yang mudah pecah dan mesti
mempunyai sambungan pembilasan yang berdiameter
kira-kira 16mm untuk disambungkan ke lumen produk.
Letakkan produk dengan betul ke dalam rak yang sesuai,
sambungkan semua lumen ke penyambung pembilasan
dan mulakan pembersihan automatik.
Arahan pengilang alat pencuci penyahjangkit juga
mesti dipatuhi.
Sekiranya penggunaan bahan nyahjangkit, patuhi
dengan teliti arahan yang disediakan oleh pengilang
larutan penyahjangkitan.
MEMBERSiHKAN
Proses yang berikut boleh digunakan dengan apa-
apa produk EMS:
Berus alat di dalam larutan pembersihan sebanyak
0.5% neodisher
1
di dalam air ternyahion pada suhu 40°C
dengan berus bulu kejur
2
lembut yang sesuai sehingga
semua sisa yang boleh dilihat telah disingkirkan.
15 s
Untuk produk yang mempunyai lumen,
bilaskan semua lumen menggunakan pistol
sembur (penyembur jet air, dengan tekanan
air statik sebanyak 2 bar) menggunakan air
pili yang sejuk.
15 min
Letakkan produk di dalam 0.5% larutah
neodisher
1
dengan air terion pada suhu 40°C.
Pastikan semua lumen telah diisi dengan larutan
pembersihan (gunakan pica gari jika perlu).
15 s
Bilas semua lumen dengan membilas
menggunakan pistol sembur (penyembur jet
air, dengan tekanan udara statik sebanyak 2
bar) dengan air terion yang sejuk.
10 s
Bilas seluruh produk di bawah air terion
sejuk yang mengalir.
01 MENYEDIAKAN 02 MEMBERSIHKAN 03 04 MENGERINGKAN 05 MEMERIKSA 06 MEMBUNGKUS 07 MENSTERILKAN 08 MENYIMPAN
1
Contohnya: MediClean Dental,
Dr. Weigert Hamburg
2
Medisafe MED100.33