Bahasa Melayu
15
Bahasa Melayu
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas
dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan biarkan sebarang cecair atau detergen mudah terbakar memasuki
perkakas untuk mencegah kejutan elektrik dan/atau bahaya kebakaran.
Amaran
-
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas dan
orang yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental atau kekurangan
pengalaman dan pengetahuan jika mereka diberikan pengawasan dan
arahan berkaitan penggunaan perkakas secara selamat dan memahami
bahaya yang mungkin berlaku.
-
Perkakas ini hendaklah dijauhkan daripada kanak-kanak berumur 3 tahun ke
bawah melainkan mereka diawasi secara berterusan.
-
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan perkakas ini.
-
Pembersihan dan penyenggaraan tidak sepatutnya dilakukan oleh kanak-
kanak tanpa pengawasan.
-
Berhati-hati agar langsir atau objek lain tidak disedut masuk ke dalam kipas
semasa operasi.
-
Jangan masukkan jari, batang atau objek lain ke dalam mesin untuk
mencegah kejutan elektrik, kecederaan fizikal atau kebakaran.
-
Jangan gunakan perkakas berhampiran dengan perkakas gas, pendiangan.
-
Jangan sembur sebarang bahan mudah terbakar seperti racun serangga atau
wangian di sekeliling perkakas.
-
Jika kord kuasa rosak, kord kuasa mestilah digantikan oleh Philips, pusat
servis yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang
layak untuk mengelakkan bahaya.
Awas
-
Sentiasa letakkan dan gunakan perkakas pada permukaan yang kering, stabil
dan mendatar.
-
Jangan gunakan perkakas dalam persekitaran dengan kelembapan tinggi
seperti bilik mandi, tandas, dapur, kolam renang atau mana-mana
persekitaran luar.
-
Sentiasa cabut palam perkakas apabila anda hendak memindahkan,
membersihkan perkakas atau melakukan penyelenggaraan lain. Selepas
pemasangan, jangan tanggalkan pelindung semasa penggunaan atau
pembersihan.
-
Perkakas ini hanya dimaksudkan untuk penggunaan di dalam rumah dalam
keadaan pengendalian biasa.
-
Jauhkan produk daripada api dan jangan dedahkannya kepada cahaya
matahari langsung atau suhu yang tinggi.
-
Jauhkan rambut panjang daripada perkakas yang sedang beroperasi untuk
mengelakkan rambut tersimpul di dalam perkakas.