EasyManuals Logo

Sharp KC-A50E User Manual

Sharp KC-A50E
62 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #24 background imageLoading...
Page #24 background image
M-2
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Apabila menggunakan perkakas elektrik, langkah berjaga-jaga keselamatan asas hendaklah
diikuti, termasuk yang berikut:
AMARAN
Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan kepada individu:
Baca semua arahan sebelum menggunakan unit ini.
Hanya gunakan salur keluar 220~240 volt.
Jangan gunakan unit ini jika kord kuasa atau palamnya rosak, atau sambungan ke salur
keluar dinding longgar.
Dari semasa ke semasa buang habuk yang melekat pada palam.
Jangan masukkan jari atau objek asing ke dalam salur masuk atau salur keluar udara.
Sentiasa pegang palam dan jangan sesekali tarik kordnya apabila hendak menanggalkan palam kuasa.
Kejutan elektrik dan/atau kebakaran yang berpunca daripada litar pintas mungkin berlaku.
Jangan biarkan roda unit ini merosakkan kord kuasa apabila mengalihkan unit utama.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik, pemanasan atau kebakaran.)
Jangan tanggalkan palam dengan tangan yang basah.
Jangan gunakan unit ini berhampiran perkakas yang menggunakan gas atau tempat berdiang.
Apabila mengisi semula Tangki Air, membersihkan unit, atau apabila unit tidak digunakan, pastikan
anda mencabut palam unit ini. Kejutan elektrik dan/atau kebakaran yang berpunca daripada litar
pintas mungkin berlaku.
Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servisnya, Pusat Servis Sharp
yang sah atau orang yang berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Hanya Pusat Servis Sharp yang Sah boleh menservis pembersih udara ini. Sila hubungi Pusat
Servis yang berdekatan bagi sebarang masalah, pelarasan atau pembaikan.
Jangan hidupkan unit ini semasa menggunakan penyembur pembunuh serangga atau di dalam
bilik di mana udaranya berminyak, kemenyan atau setanggi sedang dibakar, terdapat nyalaan api
untuk menyalakan rokok, udaranya berwasap bahan kimia atau di lokasi di mana unit ini mungkin
basah, seperti di dalam bilik air.
Sila berhati-hati semasa membersihkan unit ini. Bahan pencuci yang kuat mengakis boleh
merosakkan bahagian luar unit.
Apabila mengangkat unit ini, keluarkan dahulu Tangki Air dan Dulang Pelembapnya dan pegang
unit pada pemegangnya di sebelah kiri dan kanan.
Jangan minum air di dalam Dulang Pelembap atau Tangki Udara.
Tukar air di dalam Tangki Air setiap hari dengan air bersih dari paip dan selalulah bersihkan Tangki
Air dan Dulang Pelembap. (Lihat M-12 dan M-13). Apabila unit ini tidak digunakan, sila buang air
di dalam Tangki Air dan Dulang Pelembap. Membiarkan air di dalam Tangki Air dan/atau Dulang
Pelembap boleh mengakibatkan kulapuk, bakteria dan bau busuk.
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, bakteria ini boleh menyebabkan kesan fizikal yang membahayakan.
Perkakas ini tidak direka untuk digunakan oleh mereka (termasuk kanak-kanak) yang cacat
tubuh badan, cacat mental dan deria, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali jika
mereka diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
NOTA
– Gangguan Radio atau TV:
Jika pembersih udara ini menyebabkan gangguan kepada penerimaan isyarat radio atau televisyen,
cuba hilangkan gangguan dengan mengambil satu atau lebih langkah-langkah berikut:
Alih kedudukan antena penerima.
Jauhkan unit dari penerima radio/TV.
Sambungkan alat ini kepada salur keluar pada litar yang berbeza dengan yang bersambung
kepada penerima.
Dapatkan nasihat daripada penjual atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman.
OM_KC-A60Y_A50Y_A40(EN-MY).indb Sec1:2 5/13/11 4:35:26 PM

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Sharp KC-A50E and is the answer not in the manual?

Sharp KC-A50E Specifications

General IconGeneral
BrandSharp
ModelKC-A50E
CategoryAir Cleaner
LanguageEnglish

Related product manuals