EasyManua.ls Logo

Philips Avent SCF397/11 - Page 27

Philips Avent SCF397/11
66 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Amaran
-
Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengandung, kerana mengepam
dapat mencetuskan pelahiran.
Amaran untuk mengelakkan lemas, tercekik dan kecederaan:
-
Pam susu badan ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya fizikal, deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan. Orang seperti itu
hanya boleh menggunakan pam susu badan ini jika mereka diselia oleh atau telah menerima
arahan yang betul mengenai penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab bagi
keselamatan mereka.
-
Jangan benarkan kanak-kanak atau haiwan peliharaan bermain dengan unit motor, penyesuai,
bahan pembungkusan atau aksesori.
-
Sentiasa cabut palam pam susu badan setiap kali selepas menggunakannya.
Amaran untuk mengelakkan pencemaran dan memastikan kebersihan:
-
Jika anda ibu yang dijangkiti Hepatitis B, Hepatitis C atau Virus Imunodefisiensi Manusia (HIV),
memerah susuh tidak akan mengurangkan atau menyingkirkan risiko menjangkitkan virus ini
kepada bayi anda melalui susu badan.
Amaran untuk mengelakkan kejutan elektrik:
-
Periksa pam susu badan, termasuk penyesuai untuk tanda-tanda kerosakan sebelum setiap
penggunaan. Jangan gunakan pam susu badan jika penyesuai atau palam rosak, jika pam tidak
berfungsi dengan betul atau pam telah terjatuh atau tenggelam dalam air.
-
Hanya gunakan penyesuai (S009AHz050yyyy) yang dibekalkan dengan pam susu badan ini sahaja.
-
Sentiasa pastikan bahawa peranti boleh dicabut dengan mudah daripada sesalur sekiranya tidak
berfungsi.
Amaran untuk mengelak daripada pencemaran dan memastikan kebersihan:
-
Atas sebab-sebab kebersihan, pam susu badan hanya ditujukan untuk penggunaan berulang-
ulang olehpengguna yang sama.
-
Bersihkan dan nyahjangkit semua bahagian sebelum penggunaan pertama dan selepas setiap
penggunaan yang seterusnya.
-
Jangan gunakan agen pembersihan antibakteria atau yang melelas untuk membersihkan
bahagian-bahagian pam susu badan kerana ini boleh mengakibatkan kerosakan.
-
Basuh tangan anda dengan menyeluruh dengan sabun dan air sebelum anda menyentuh
bahagian pam susu badan dan payudara untuk mencegah pencemaran. Elakkan daripada
menyentuh bahagian dalam bekas atau penutup.
Amaran untuk mengelakkan masalah payu dara dan puting termasuk kesakitan:
-
Jangan gunakan pam susu badan jika diafragma silikon kelihatan rosak atau pecah. Lihat bab
‘Memesan aksesori’ untuk maklumat tentang cara memperoleh alat ganti.
-
Hanya guna aksesori dan bahagian yang disyorkan oleh Philips Avent sahaja.
-
Tiada pengubahsuaian pam susu badan dibenarkan. Jika anda berbuat demikian, jaminan anda
menjadi tidak sah.
-
Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengantuk untuk mengelakkan
hilang tumpuan semasa penggunaan.
-
Matikan pam susu badan setiap kali sebelum anda mengalihkan badan pam daripada payu dara
anda, untuk melepaskan vakum tersebut.
27
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu

Related product manuals