Masalah Penyelesaian
Sedutan pam susu
badan terlalu kuat.
-
Jika boleh, cuba paras sedutan yang lebih rendah. Apabila anda
memerah buat pertama kali, mula dengan paras sedutan lalai (paras 5
dalam mod rangsangan, paras 11 dalam mod memerah) dan
tambah/kurangkan paras ini mengikut keperluan. Semasa sesi
perahan yang berbeza, paras berlainan mungkin paling selesa untuk
anda.
-
Pastikan bahawa anda hanya menggunakan bahagian pam susu
badan
Philips Avent yang disertakan bersama-sama pam susu badan
ini.
-
Periksa untuk memastikan diafragma silikon tidak rosak (tidak
mempunyai
retakan atau lubang kecil, dsb).
-
Jika masalah ini berterusan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan
melalui www.philips.com/support.
Saya memerah
sedikit/tiada susu
apabila saya
menggunakan pam susu
badan Philips Avent.
-
Jika anda tidak merasai sedutan yang secukupnya, sila semak item
Penyelesaian Masalah 'Saya tidak rasa apa-apa sedutan/paras
sedutan terlalu rendah'.
-
Jika anda menggunakan pam susu badan Philips Avent buat pertama
kali, anda mungkin perlu berlatih sedikit sebelum anda dapat
memerah sebarang susu. Petua memerah lanjut boleh didapati di
laman web Philips Avent www.philips.com/avent.
Maklumat tambahan
Di bawah ini ada beberapa keadaan lazim berkaitan dengan penyusuan badan yang diterangkan. Jika
anda mengalami sebarang gejala ini hubungi profesional penjagaan kesihatan atau pakar penyusuan
badan.
Masalah berkaitan
penyusuan badan
yang lazim
Deskripsi
Sensasi kesakitan Rasa sakit pada payudara atau puting, atau dirasa sebagai tindak balas
kepada sedutan melampaui tahap selesa.
Sakit puting Kesakitan yang berpanjangan pada puting pada permulaan sesi
mengepam, atau yang berlanjutan sepanjang sesi mengepam, atau berasa
sakit antara sesi.
Bengkak Bengkak payu dara. Payu dara berasa keras, berketul dan nyeri. Mungkin
termasuk eritema (kemerahan) kawasan payu dara dan demam. Biasanya
berlaku semasa hari-hari pertama penyusuan badan.
Lebam, trombus Perubahan warna kemerah-merahan-ungu yang tidak pucat apabila
ditekan. Apabila lebam berkurangan, lebam itu bertukar warna menjadi
hijau dan coklat.
42
Bahasa Melayu