EasyManua.ls Logo

Philips Avent SCF397/11 - Menyusu Bayi Anda Dengan Botol

Philips Avent SCF397/11
66 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Amaran: Jangan sekali-kali membekukan semula susu badan beku yang telah
dicairkan untuk mengelakkan kemerosotan kualiti susu.
Amaran: Jangan sekali-kali menambah susu badan kepada susu badan beku untuk
mengelakkan kemerosotan kualiti susu dan penyahbekuan susu beku secara tidak
sengaja.
Menyusu bayi anda dengan botol
Amaran: Untuk keselamatan dan kesihatan anak anda
-
Sentiasa guna botol ini dengan penyeliaan orang dewasa.
-
Jangan sekali-kali menggunakan puting susu sebagai puting penenang bayi, untuk mencegah
bahaya tercekik.
-
Penyedutan cecair yang berterusan dan berpanjangan akan menyebabkan kereputan gigi.
-
Sentiasa periksa suhu makanan sebelum anda menyuapkannya kepada bayi anda.
-
Pastikan semua komponen yang tidak digunakan jauh dari jangkauan kanak-kanak.
-
Jauhkan penutup botol dari kanak-kanak untuk mengelak daripada lemas.
-
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan bahagian-bahagian kecil atau berjalan/berlari
semasa menggunakan botol atau cawan.
-
Periksa semua bahagian sebelum menggunakan dan tarik puting penyusuan dalam semua arah.
Buang sebarang bahagian yang rosak atau lemah dengan segera.
-
Buang semua baki susu yang tinggal di akhir penyusuan.
Awas: Berhati-hati untuk mengelak kerosakan kepada botol
-
Jangan letakkan di dalam ketuhar yang panas, plastik boleh cair.
-
Sifat bahan plastik boleh terjejas oleh penyahjangkitan dan suhu tinggi. Ini boleh menjejaskan
padanan penutup botol.
-
Jangan biarkan puting penyusuan di bawah pancaran matahari atau haba secara langsung atau
biarkannya dalam disinfektan ("larutan pensteril") lebih lama daripada tempoh yang disyorkan.
Sebelum menggunakan botol
-
Periksa botol dan puting penyusuan setiap kali sebelum menggunakannya dan tarik puting
penyusuan dalam semua arah untuk mencegah bahaya tercekik.Buangkannya dengan segera jika
anda ternampak kerosakan atau kelemahan padanya.
-
Bersihkan dan nyahjangkit botol sebelum penggunaan pertama dan selepas setiap penggunaan.
38
Bahasa Melayu

Related product manuals