Langkah 2: Pembersihan
Bahagian yang bersentuhan dengan susu boleh dibersihkan secara manual atau di dalam mesin
pembasuh pinggan mangkuk.
Amaran: Jangan gunakan agen pembersihan antibakteria atau yang melelas untuk
membersihkan bahagian-bahagian pam susu badan kerana ini boleh mengakibatkan
kerosakan.
Awas: Jangan sekali-kali meletakkan unit motor atau penyesuai di dalam air atau di
dalam mesin pencuci pinggan mangkuk, kerana ini akan menyebabkan kerosakan kekal
kepada bahagian-bahagian ini.
Awas: Berhati-hati semasa anda menanggalkan dan membersihkan injap putih. Jika
injap tersebut rosak, pam susu badan anda tidak akan berfungsi dengan betul. Untuk
mengeluarkan injap putih, tarik dengan perlahan di tab beralur di sisi injap. Untuk
membersihkan injap putih, gosok dengan lembut antara jari jemari anda dalam air suam
dengan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk. Jangan masukkan objek ke dalam injap
putih kerana ini boleh menyebabkan kerosakan.
Langkah 2A: Pembersihan manual
Bekalan yang diperlukan:
-
Cecair pinggan mangkuk lembut
-
Air yang sesuai diminum
-
Berus bersih yang lembut
-
Kain lap atau rak pengering yang bersih
-
Singki atau mangkuk yang bersih
1. Bilas semua bahagian
dengan teliti di bawah
air paip jernih yang
dingin.
2. Rendam semua
bahagian selama 5minit
dalam air suam dengan
sedikit cecair pencuci
pinggan mangkuk yang
lembut.
3. Bersihkan semua
bahagian dengan berus
pembersih.
4. Bilas dengan teliti
semua bahagian di
bawah air paip jernih
yang dingin.
30
Bahasa Melayu