EasyManua.ls Logo

Philips NA229 - Memasak dengan praset

Philips NA229
140 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
41
Bahasa Melayu
13 Tarik keluar kuali dan lihat jika ramuan sudah masak.
Awas
-
Kuali Airfryer akan menjadi panas selepas proses memasak. Sentiasa
letakkan kuali di atas permukaan yang tahan haba (cth. tungku besi
dan lain-lain) apabila anda mengeluarkan kuali daripada perkakas.
Nota
-
Jika ramuan belum masak, hanya luncurkan semula kuali ke dalam Airfryer
dan tambahkan beberapa minit.
14 Masukkan ramuan ke dalam mangkuk atau pinggan.
Awas
-
Selepas proses memasak, kuali, perumah dalaman dan ramuan
adalah panas. Bergantung pada jenis ramuan di dalam Airfryer, stim
akan keluar dari kuali.
Nota
-
Untuk mengeluarkan ramuan yang besar atau mudah rapuh, gunakan
penyepit untuk mengangkat ramuan.
-
Lebihan minyak atau lemak cair daripada ramuan akan terkumpul di
bahagian bawah kuali.
-
Bergantung pada ramuan memasak, anda haruslah menuang minyak atau
lemak cair yang berlebihan dari kuali selepas menggoreng atau sebelum
menggoncang ramuan. Tempatkan kuali di atas permukaan tahan panas.
Pakai sarung tangan ketuhar untuk menuangkan lebihan minyak atau
lemak cair. Letakkan semula kuali ke dalam perkakas.
-
Apabila ramuan telah dimasak, Airfryer sedia untuk memasak ramuan lain
dengan serta-merta.
Memasak dengan praset
1 Ikut langkah 1 hingga 6 dalam bab “Menggoreng dengan Airfryer”.
2 Tekan butang praset yang diinginkan.
3 Mulakan proses memasak dengan menekan butang mula/jeda.
Nota
-
Semasa memasak, jika anda mahu menukar tetapan kepada praset lain,
tekan lama butang kuasa Hidup/Mati untuk menghentikan proses memasak.
Peranti akan beralih kepada mod tunggu sedia. Tekan butang Hidup/Mati
sekali lagi untuk menghidupkan peranti dan memilih praset yang anda
perlukan.
Praset Jumlah
maksimum
Suhu Masa memasak
Kentang goreng
beku
500 g 180°C 25 min
Kentang goreng
buatan sendiri
500 g 180°C 33 min
Potongan daging 2 keping 200°C 20 min

Table of Contents

Related product manuals