46
Bahasa Melayu
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Saya ternampak tompok
mengelupas di dalam Airfryer
saya.
Sesetengah tompok kecil boleh
muncul di dalam kuali Airfryer
disebabkan oleh sentuhan atau
calaran tidak sengaja pada salutan
(cth. semasa pembersihan dengan
alat membersih kasar dan/atau
semasa memasukkan dulang sisip
penggoreng).
Anda boleh mengelakkan
kerosakan dengan meletakkan
dulang sisip penggoreng ke dalam
kuali dengan betul. Jika anda
memasukkan dulang sisip
penggoreng dengan senget,
bahagian sisinya boleh terkena
dinding kuali dan menyebabkan
kepingan kecil salutan
mengelupas. Jika ini berlaku, sila
ambil perhatian bahawa perkara
ini tidak berbahaya kerana semua
bahan yang digunakan selamat
untuk makanan.
Asap putih keluar dari perkakas. Anda memasak ramuan yang
berlemak.
Tuang lebihan minyak atau lemak
daripada kuali dengan berhati-
hati dan teruskan memasak.
Kuali masih mengandungi kesan
berminyak daripada penggunaan
sebelum ini.
Asap putih disebabkan kesan
berminyak yang menjadi panas di
dalam kuali. Bersihkan kuali dan
dulang sisip penggoreng setiap
kali selepas penggunaan.
Lapisan serdak roti atau salutan
tidak melekat dengan betul pada
makanan.
Kepingan kecil serdak roti di udara
boleh menyebabkan asap putih.
Tekan lapisan serdak roti atau
salutan dengan betul pada
makanan untuk memastikannya
melekat.
Perapan, cecair atau air daging
terpercik di dalam lemak cair atau
minyak.
Lap makanan menjadi kering
sebelum meletakkannya di dalam
kuali.
Skrin pada Airfryer menunjukkan
"E1".
Airfryer mungkin telah disimpan di
tempat yang sejuk.
Jika peranti anda telah disimpan di
tempat dengan suhu sekeliling
yang rendah, biarkan peranti
menjadi panas kepada suhu bilik
selama sekurang-kurangnya 15
minit sebelum anda memasang
palam semula.
Jika masalah berterusan, hubungi
talian perkhidmatan Philips atau
Pusat Layanan Pelanggan di
negara anda.
Skrin pada Airfryer menunjukkan
"E4", "E6", "E9", "E12".
Perkakas menghadapi ralat. Cabut palam perkakas dan
masukkan palam sekali lagi.
Jika masalah berterusan, hubungi
talian perkhidmatan Philips atau
Pusat Layanan Pelanggan di
negara anda.