EasyManua.ls Logo

Philips sonicare 2000 Series - Maklumat keselamatan penting; Amaran

Philips sonicare 2000 Series
80 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Bahasa Melayu
35
Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan penting
Hanya gunakan produk untuk tujuan penggunaan
produk ini. Baca maklumat penting ini dengan teliti
sebelum anda menggunakan produk dan bateri serta
aksesorinya, dan simpan untuk rujukan pada masa
hadapan. Penyalahgunaan boleh menyebabkan bahaya
atau kecederaan serius.
Amaran
- Pastikan pengecas berada jauh dari air.
- Selepas membersihkan, pastikan pengecas telah
kering sepenuhnya sebelum anda
menyambungkannya ke soket dinding.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak dan
orang yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan jika mereka diberi pengawasan dan
arahan berkenaan penggunaan perkakas secara
selamat dan memahami bahaya yang mungkin
berlaku. Pembersihan dan penyelenggaraan oleh
pengguna tidak harus dilakukan oleh kanak-kanak
tanpa pengawasan.
- Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain dengan
perkakas ini.
- Hanya gunakan aksesori atau barangan pakai habis
Philips yang tulen. Hanya gunakan pengecas USB
yang dibekalkan bersama produk.
- Jangan cas produk ini di luar atau berdekatan
permukaan panas.
- Jangan bersihkan mana-mana bahagian produk ini di
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
- Untuk mengelakkan kecederaan fizikal, jangan isi
takungan dengan air panas. Jangan masukkan objek
asing ke dalam takungan.
- Altitud maksimum penggunaan ialah 4500 meter.
- Produk ini hanya direka bentuk untuk membersihkan
gigi dan gusi. Jangan gunakannya untuk apa-apa
tujuan lain. (sebagai cth. mata, hidung dan telinga).

Table of Contents

Related product manuals