MS-2
• Jangan ubah suai produk tersebut. Selain itu, tiada sesiapa dibenarkan
untuk membuka atau membaiki produk selain daripada pembaik yang
dibenarkan. (Berbuat demikian boleh menyebabkan kebakaran, kejutan
elektrik atau kecederaan.) Hubungi kedai tempat anda membuat
pembelian atau pusat servis SHARP yang sah untuk pembaikan.
• Jangan tumpahkan minuman atau jatuhkan abu rokok, objek logam,
objek mudah terbakar dll., ke dalam produk melalui Salur Keluar
Udara atau Salur Masuk Udara. Harus lebih berhati-hati jika terdapat
kanak-kanak dalam keluarga anda. Jika air atau bahan asing
termasuk ke dalam produk, cabut palam Penyesuai Kereta dari soket
aksesori. (Penggunaan secara berterusan boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.) Hubungi kedai tempat anda
membuat pembelian atau pusat servis SHARP yang sah.
• Jangan lap produk dengan minyak, alkohol, benzena atau pencair, atau
menyembur penyembur rambut atau racun serangga pada produk. Jika
bahan tersebut terkena produk, lap dengan segera. (Bahan tersebut
boleh menyebabkan keretakan atau kejutan elektrik atau terbakar.)
• Jangan letakkan produk di tempat yang terdedah kepada asap
minyak atau lembapan seperti kaunter dapur atau alat pelembap.
(Berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik.)
• Jangan letakkan produk berhampiran dengan peralatan pemanasan
seperti salur keluar pemanas jenis udara panas. (Berbuat demikian
boleh menyebabkannya meleding atau mengalami kerosakan.)
• Gunakan Penyesuai Kereta yang direka bentuk khas untuk produk
ini, dan masukkan penyesuai kereta dengan kukuh sehingga tidak
boleh dimasukkan lagi. (Jika Penyesuai Kereta tidak dicucukkan
dengan kukuh sehingga tidak boleh dimasukkan lagi, penyesuai
tersebut boleh menjadi panas, merosakkan soket aksesori dan
keadaan ini boleh mengakibatkan kebakaran.)
• Pastikan anda mencabut palam Penyesuai Kereta dari soket
aksesori apabila membersihkannya. (Kegagalan melakukan
sedemikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kecederaan.)
• Pastikan ada mencabut palam Penyesuai Kereta dari soket
aksesori apabila tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.
(Kegagalan melakukan sedemikian boleh menyebabkan kejutan
elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
• Jika soket aksesori disepadukan dengan bekas abu rokok,
pastikan bahawa rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum
menggunakan unit tersebut.
• Apabila meninggalkan kenderaan, cabut penyesuai kereta dan tutup
penutup abu rokok. (Kegagalan melakukan sedemikian boleh menyebabkan
kebakaran yang disebabkan oleh rokok yang masih menyala.)
OM_IG-NX2_EN_MS_VT_CS.indb MY-2OM_IG-NX2_EN_MS_VT_CS.indb MY-2 31/5/2564 BE 16:5031/5/2564 BE 16:50