MS-12
PENAPIS
Penapis mestilah dibersihkan dengan tetap untuk mengekalkan ketumpatan
ion. Kekotoran penapis bergantung pada persekitaran penggunaan, oleh itu
bersihkan penapis sekerap yang perlu. Dengan pembersihan yang kerap,
ion Plasmacluster boleh dikeluarkan dengan cekap.
1.
Tanggalkan Penutup
Penapis.
• Lihat langkah 1
“MENANGGALKAN PRODUK”
pada halaman 10.
2.
Tanggalkan penapis.
3.
Buang habuk menggunakan
pembersih hampagas.
• Jika penapis kotor, basuh dengan air.
NOTA
• Jangan tekan pembersih hampagas ke penapis dengan kuat,
atau penapis boleh rosak.
• Jika menggunakan bahan pencuci dapur sintetik, bilas dengan
bersih untuk mengeluarkan semua kesan bahan pencuci. Selain
itu, pastikan anda keringkan penapis di tempat yang teduh.
• Keringkan produk di tempat yang teduh supaya titisan air
tiada dalam ruang antara penutup penapis dan penapis.
Sekerap yang mungkin
UNIT UTAMA
Lap dengan kain lembut yang kering.
<Bagi Kotoran Degil>
Gunakan air dan bahan pencuci yang lembut. Kemudian,
lap dengan kain basah. Pastikan Unit Utama dikeringkan
selepas itu.
Setiap bulan atau lebih kerap jika perlu
OM_IG-NX2_EN_MS_VT_CS.indb MY-12OM_IG-NX2_EN_MS_VT_CS.indb MY-12 31/5/2564 BE 16:5031/5/2564 BE 16:50