MS
31
4. Penyelenggaraan
4.3 Komponen-komponen Lain
Bersihkan Roda Universal dengan
mengeluarkan sebarang rambut yang
tersangkut padanya.
Lapkan Sensor Habuk dengan berus atau
Alat Pembersihan Pelbagai Fungsi untuk
mengekalkan keberkesanannya.
Lapkan Sensor Antijatuhan dengan berus
atau Alat Pembersihan Pelbagai Fungsi
untuk mengekalkan keberkesanannya.
Lap Hubungan Pengecasan dan Pin Dok
Pengecasan dengan kain kering.
Keluarkan bateri DEEBOT 6 jika robot tidak akan digunakan untuk tempoh yang lama. Dalam kes
kebocoran bateri, sila keluarkan bateri dan lap slot bateri dengan bersih dan pastikan anda memakai
sarung tangan pelindung.
Jika bateri dinyahcaskan sepenuhnya atau tidak digunakan untuk masa yang lama, kapasitinya mungkin
berkurangan dan perlu diaktifkan semula.
Untuk mengaktifkan semula bateri: Letakkan robot pada Dok Pengecasan dengan tangan, keluarkan
selepas mengecas selama 3 minit; ulang sebanyak 3 kali, kemudian caskan seperti biasanya selama 3-5
jam.
DEEBOT 6 menggunakan bateri Ni-MH berjangka hayat lama dan tidak memerlukan penggantian yang
kerap. Untuk menggantikan bateri, hubungi Perkhidmatan Pelanggan atau ikut arahan di bawah:
a. Buka Skru Penutup Bateri, tanggalkan Penutup bateri.
b. Keluarkan bateri dan nyahsambung kancingnya.
c. Sambungkan kancing positif dan negatif yang sepadan pada bateri baharu. Masukkan bateri
baharu, pasang semula Penutup Bateri dan skrukan Penutup Bateri tersebut.
*
*
*